Friday 1 November 2013

REVOLUSI SYRIA ( Bahagian 4 )

REVOLUSI SYRIA ( Bahagian 4 )

Selepas mujahiddin menyerang pos sempadan, menyerang kem-kem rejim berdekatan sempadan, menguasai bandar-bandar berhampiran sempadan, mereka menuju ke telaga minyak. Mudah!! Kita tidak perlu menjadi General atau Kolonel angkatan tentera untuk memikirkan apakah strategi seterusnya. Kita tidak perlu bertanya kenapa minyak terlalu berharga. Cari minyak, cari telaga minyak, secure the perimeter, lindungi supply line.

Di Syria, hanya 3 negeri negeri yang menjadi pengeluar utama minyak iaitu Deir az-Zour, al-Raqqah dan al-Hasakah. Mujahiddin bergegas menuju untuk menguasai telaga minyak ini. Sebab itulah jikalau kita lihat perkembangan konflik di Syria ini, negeri yang pertama jatuh ke tangan mujahiddin ialah al-Raqqah. negeri Deir az-Zour pula solid di tangan mujahiddin, manakala sebahagian ibukota Deir az-Zour sahaja yang masih belum dibebaskan. Begitu juga negeri al-Hasakah, 80% negeri Hasakah dikuasai oleh mujahiddin. Hanya PKK/PYD militia kurdish sahaja yang bangun menetang mujahiddin di Hasakah dan di Deir az-Zour. Jika PKK/PYD tidak bangun dan menentang mujahiddin, Deir az-Zour dan Hasakah sudah pasti 100% berada di tangan mujahiddin.

Jikalau kita melihat peta, bulatan hijau merujuk kepada negeri Deir az-Zour, al-Raqqah dan Hasakah. Bulatan hijau juga menunjukkan kawasan telaga minyak. Manakala garisan hitam pula merupakan kubu kuat barisan mujahidin tidak kira apapun nama mereka.

2 bualatan merah ialah kawasan Shoula dan Sukhna. Mujahiddin berjaya membebaskan kedua-dua kawasan ini pada minggu lepas. Dengan penguasaan ini, mujahidin mendapat bonus. Serangan serampang dua mata. Mereka menguasai laluan darat. Rejim dari Homs, Hama dan Damsyik tidak lagi dapat menuju ke timur. Saluran minyak dari timur (al-Raqqah, Deir az-Zour, al-Hasakah) menuju ke barat (Damsyik, Homs, Hama) juga telah dikuasai oleh mujahiddin.

Selepas ini, tahun hadapan atau beberapa tahun lagi, jika semua barisan mujahiddin menuju ke Damsyik, melakukan serangan besar-besaran di Damsyik atau Homs atau Hama, mereka tidak lagi perlu membuang masa berulang alik dari barat menuju ke timur Syria untuk mendapatkan bekalan minyak. Cukup sekadar mereka menunggu bekalan minyak di Sukhna sahaja.

Revolusi Syria (Bahagian 1) http://on.fb.me/1c9yJjw
Revolusi Syria (Bahagian 2) http://on.fb.me/19Kp96n
Revolusi Syria (Bahagian 3) http://on.fb.me/1aLiQAD
 

No comments:

Post a Comment