Friday 1 November 2013

Stok senjata kimia Syria dimusnahkan


1 November 2013

DAMSYIK - SYRIA. Pemerhati antarabangsa mengesahkan, Syria mula memusnahkan semua stok peralatan bagi pengeluaran senjata kimia, semalam.

Jurucakap Pertubuhan Larangan Senjata Kimia berpangkalan di Hague melaporkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpuas hati sepanjang proses pemusnahan itu.

“Semua peralatan dimusnahkan termasuk bahan tulen dan bahan yang telah bercampur kimia di 23 kawasan pengeluaran senjata kimia,” katanya.

Menurut Reuters, langkah itu dilaksanakan selepas,  Majlis Keselamatan PBB mencapai resolusi meluluskan pelan pengharaman yang didakwa digunakan oleh rejim Presiden Bashar al-Assad, September lalu.

Sementara itu, seramai empat dilaporkan maut selepas sebutir roket dilepaskan tersasar dan meletup di dalam masjid di Salafi di utara bandar Damaj.

Damaj terletak berhampiran Saada, sebuah bandar di sempadan dengan Arab Saudi kira-kira 130 kilometer utara bandar Sanaa.

Kejadian itu menyebabkan puluhan jemaah cedera sebelum menunaikan solat Jumaat, semalam. 

No comments:

Post a Comment