Tuesday 17 December 2013

28 kanak-kanak korban keganasan


Beirut: Dua puluh lapan kanak-kanak adalah antara 76 orang yang terkorban dalam serangan bom tong tentera rejim Presiden Bashar al-Assad kelmarin.

Kumpulan pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan di Syria semalam berkata, serangan itu yang dilakukan di Aleppo menggunakan bahan letupan yang dimuatkan dalam tong silinder.


Menurutnya, seorang remaja dan 43 lelaki turut terbunuh. Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan sama ada mereka anggota kumpulan penentang.



Sementara itu, kumpulan berkenaan yang bergantung kepada maklumat diterima daripada rangkaian aktivis, peguam dan pegawai perubatan sebelum ini berkata, seramai 36 orang terbunuh, termasuk 15 kanak-kanak.


Pusat media Aleppo yang dikendalikan kumpulan aktivis berkata, serangan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.


Jawatankuasa penyelaras tempatan, rangkaian aktivis propenentang berkata, pesawat tentera yang setia kepada Bashar mengugurkan tong silinder yang sarat dengan bahan letupan di kawasan dikuasai penentang di Aleppo.

Serangan itu dibuat sehari selepas Bulan Sabit Merah Syria menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke penjara pusat di Aleppo, wilayah yang dikuasai penentang sejak lapan bulan lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

No comments:

Post a Comment