Tuesday 11 February 2014

41 penyokong Bashar dibunuh

Beirut: Kumpulan penentang rejim Bashar semalam didakwa membunuh sekurang-kurangnya 21 orang awam dan 20 militan yang menyokong rejim berkenaan, Kejadian berlaku di sebuah perkampungan masyarakat Alawite di wilayah Hama.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, kumpulan penentang, termasuk anggota Jund al-Aqsa bertanggungjawab terhadap kejadian di Kampung Maan yang terletak di tengah Syria.
Pengarah kumpulan pemerhati, Rami Abdel Rahman berkata, belum ada maklumat mengenai bagaimana orang awam itu dibunuh tetapi sekurang-kurangnya 10 daripada mereka terdiri daripada satu keluarga.
Menurutnya, sekurang-kurangnya 20 anggota Pasukan Pertahanan Kebangsaan, kumpulan militia yang menyokong Bashar mati dalam serangan itu.
Video Youtube yang didakwa dimuat naik kumpulan Jund al-Aqsa, menunjukkan anggotanya masuk ke kampung berkenaan dan melepaskan tembakan.
Video berjudul ‘Pembebasan kampung Maan’ itu turut memamparkan seorang anggotanya menaikkan bendera hitam yang sering melambangkan kumpulan itu di atas sebuah menara komunikasi.
Seorang lelaki berseluar celoreng dilihat terbaring dengan dadanya dibasahi darah.
Presiden Syria Bashar al-Assad adalah anggota masyarakat Alawite, penduduk minoriti di negara itu.

Alawite ialah satu daripada cabang fahaman Syiah.
Kebangkitan menentang pemerintahannya dikuasai pengikut fahaman Sunni dan menarik sejumlah kumpulan pelampau yang menganggap pengikut selain daripada Sunni sebagai bukan Islam.- AFP
Foto
PENDUDUK dibantu aktivis menarik keluar mayat dari runtuhan di daerah Al-Haidariya di Aleppo selepas kawasan itu diserang dengan bom tong oleh tentera Syria, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/11

No comments:

Post a Comment