Tuesday 11 February 2014

Syahidnya di bulan Ramadhan



Beliau ialah Ratib Ahmad Oud Abu Ma'ruuf, kelahiran Bandar Duma tahun 1990 dan salah seorang dari mujahid batalion Zubair Ibn Awwam. Saat meletusnya pemberontakan, beliau berkhidmat sebagai tentera laut di pelabuhan Tartus.

Beliau merasa sukar untuk bersekongkol dengan tentera yang mahu membunuh saudara islam sendiri, jadi ia keluar dan menyertai batalion permulaan Zubair bin Awam, diawal penubuhannya, dan ketika itu batalion berkenaan masih beroperasi secara sulit.

Bertugas di bahagian perubatan batalion sebagai pegawai bersenjata. Ketika beliau kembali selepas melawat saudaranya dan sepupunya , yang berjuang dalam batalion 'Islam' , mereka duduk bersama membaca Al-Quran dan berzikir. Di saat itulah beliau terkena peluru sniper dan akhirnya beliau syahid, dengan izin Allah, pada 15 Ramadan tahun ini (1435H) saat beliau sedang berpuasa .

Beliau sangat disayangi ayahnya, dengan senyuman yang sentiasa terukir, beliau juga disayangi semua rakan-rakannya.

Semoga Allah merahmati AlMarhum dan menenangkan jiwa beliau serta kita dikumpulkan dalam keikhlasan demi Allah yang berkuasa atas segala-galanya.

Cerita Syahid ini diterbitkan dalam isu 'Nida 'il Islam'.

No comments:

Post a Comment