Saturday 24 May 2014

PELUANG MENEMPAH TIKET KE SYURGA!



"SEORANG LAGI ANAK YATIM YANG PERLUKAN PENAJA"

KUMPULAN KETIGA! 

Untuk pertama kali di Malaysia!

Syria Care akhirnya membuka pintu untuk menaja Anak-anak Yatim Syahid Syria (dengan syarat tertentu).

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi pejabat Syria Care.
- Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kategori Penaja :

1. Seorang untuk seorang anak yatim
- Seorang penaja boleh menaja seorang anak yatim sebanyak RM500/sebulan untuk seorang anak yatim.
CONTOH:
Seorang penaja membayar RM500/sebulan untuk seorang anak yatim.

2. Lebih daripada seorang untuk seorang anak yatim
- 1<lebih penaja boleh menaja seorang anak yatim
CONTOH:
Dua orang penaja membiayai seorang anak yatim iaitu sebanyak RM500/sebulan untuk seorang anak yatim.
Bermakna disini, mereka boleh membahagikan RM500 kepada dua, seorang akan bayar RM250 untuk cukupkan RM500 untuk membiayai seorang anak yatim.

3. Seorang/Lebih untuk lebih daripada seorang anak yatim
- 1 atau <lebih penaja boleh menaja lebih daripada seorang anak yatim.

CONTOH:
a) Seorang penaja membiayai 2 orang anak yatim iaitu sebanyak RM500/sebulan untuk seorang anak yatim.
Bermakna disini, seorang penaja harus membayar RM1,000 (RM500 x 2 orang anak yatim).

b) Dua orang penaja membiayai Empat orang anak yatim iaitu sebanyak RM500/sebulan untuk seorang anak yatim.
Bermakna disini, Dua orang penaja harus membayar RM2,000 (RM500 x 4 orang anak yatim).

Tatacara :

1. Sila membuat pembayaran terlebih dahulu menerusi :

Akaun Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Bank swift Code : mbbemykl (luar Malaysia)

Pejabat Syria Care: 011-37030900

a) Kemudian dikehendaki melampirkan SLIP PEMBAYARAN berserta salinan KAD PENGENALAN untuk setiap transaksi di INBOX MESSAGE kami sebagai bukti dan pengesahan. Setelah itu, kami akan mengemukakan gambar anak angkat penaja tersebut.

b) Segala urusan pembayaran mestilah dijelaskan selewat-lewatnya sebelum/pada 28 sehingga 5 haribulan pada setiap bulan.

2. Penaja boleh mendapatkan laporan lengkap tentang anaknya setiap tiga bulan atau berhubung secara langsung dengan anak angkat tersebut (jika boleh), bergantung kepada lokasi dan keadaan perang.

3. Mereka yang menaja selama setahun penuh adalah layak untuk diberi laporan penuh, gambar-gambar, nama dan lain-lain tentang kanak-kanak tersebut. Mereka yang menaja selama sebulan sahaja hanya berhak melihat nama dan gambar kanak-kanak tersebut sekali sahaja kerana kanak-kanak akan ditaja oleh orang lain pula.

4. Semua maklumat (nama, gambar-gambar dan laporan lengkap tentang kanak-kanak tersebut) adalah rahsia dan hanya boleh didapati di pejabat Syria Care.

Kami menyediakan tempat tinggal, pendidikan, makanan, tahfiz Al-Quran, penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, latihan sukan, bantuan psikologi, sekolah Syariah semua di dalam suasana perang di Syria. Anak-anak kami ini tinggal di sekolah-sekolah di dalam Syria atau Turki. Mereka tidak perlu untuk meminta NGO lain bagi mendapatkan wang.

Sekiranya berminat sila hubungi pejabat Syria Care

Tajaan 150 USD/sebulan = sekitar RM500/sebulan

No comments:

Post a Comment