Thursday 21 August 2014

Penculik ancam bunuh Foley minggu lalu

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 9:10 AM
GAMBAR fail tanpa tarikh menunjukkan James Foley ketika berada di Benghazi, Libya.
 
BOSTON: Syarikat media kepada wartawan yang diculik di Syria, James Foley mendedahkan penculik mengancam untuk membunuh wartawan berkenaan minggu lalu, susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) membedil Iraq.

Ketua Eksekutif (CEO) GlobalPost, Philip Balboni, syarikat media berpangkalan di Boston di mana Foley menjadi wartawan bebasnya, berkata ancaman itu dihantar menerusi emel kepada keluarga Foley namun tidak memberikan sebarang tuntutan.

Beliau berkata, penculik bagaimanapun menolak agar Forley dibebaskan demi kemanusiaan.

Balboni berkata, syarikat itu sedia membelanjang jutaan dolar AS dalam usaha membebaskan Foley termasuk mengambil khidmat firma keselamatan antarabangsa.

Wartawan berusia 40 tahun dari New Hampshire itu ditangkap oleh pejuang Pergerakan Negara Islam Syria dan video mengenainya disebarkan kepada umum semalam.

Foley dilaporkan memasuki utara Syria pada November 2012 dan sejak itu tiada berita mengenainya. - AP

No comments:

Post a Comment