Thursday 21 August 2014

Misi rahsia AS selamatkan tebusan di Syria gagal

KHAMIS, 21 OGOS 2014 @ 8:54 AM

GAMBAR fail tanpa tarikh menunjukkan James Foley ketika berada di Benghazi, Libya.
 
WASHINGTON: Presiden Barack Obama yang menghantar askar Amerika Syarikat (AS) ke Syria pada musim panas lalu untuk menyelamat beberapa rakyat negara itu yang ditahan oleh kumpulan ekstrimis, termasuk wartawan James Foley, gagal menemui tebusan berkenaan.

Perkara itu didedahkan pegawai kanan pentadbiran Obama, hari ini.

Pegawai berkata, misi penyelamat itu dilancarkan selepas agensi perisikan percaya mereka sudah mengenal pasti lokasi di Syria di mana tebusan berkenaan ditahan.

"Namun beberapa operasi khas yang dilakukan oleh askar yang diterbangkan menerusi pesawat dan memasuki Syria gagal menemui mereka. Malah mereka terpaksa bertempur dengan militan Islam Syria sebelum dapat mendarat," katanya.

Pegawai berkata, dalam pertempuran itu bagaimanapun tiada askar AS yang terkorban, sebaliknya militan Islam mengalami kehilangan nyawa yang ramai.

Pegawai terbabit tidak menyatakan secara spesifik bila dan di mana operasi berkenaan dilakukan sambil berkata ia perlu dirahsiakan demi melindungi maklumat untuk misi seterusnya. - AP

No comments:

Post a Comment