WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. ISIL mendakwa membunuh wartawan Amerika Syarikat (AS) dan mengancam untuk membunuh seorang lagi wartawan sebagai membalas dendam terhadap serangan udara AS.

Kumpulan itu mengeluarkan satu video menunjukkan seorang ahli ISIL bertopeng memenggal kepala James Foley yang dipercayai diculik kumpulan terbabit di Idlib, Syria pada November 2012.

Jurucakap Majlis Keselamatan AS Caitlin Hayden berkata, perisikan AS sedang meneliti video itu.

“Pembunuhan itu adalah sangat kejam kerana wartawan itu tidak bersalah,” katanya dipetik AFP.

Difahamkan, Foley adalah wartawan berpengalaman yang membuat liputan perang di Libya sebelum menuju ke Syria bagi mengikuti pemberontakan menentang rejim Bashar al-Assad untuk Agence France-Presse , GlobalPost dan media lain.