Friday 22 August 2014

Syria pusat kumpulan bersenjata Sunni


Damsyik: Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria semalam berkata, negara itu menjadi pusat kepada kira-kira 50,000 anggota kumpulan Negara Islam (IS) termasuk 6,000 anggota baru yang menyertai kumpulan itu Julai lalu.

Dalam satu temubual dengan AFP, Pengarah kumpulan pemerhati itu, Rami Abdulrahman berkata: “Jumlah anggota IS di Syria sudah melebihi 50,000 orang termasuk 20,000 bukan warganegara itu.” Menurutnya jumlah terbesar yang menyertai kumpulan berkenaan sejak pembabitannya dalam peperangan di Syria adalah pada Julai lalu.

“Tidak kurang daripada 5,000 pejuang Syria yang menyertai IS di Raqqa dan Aleppo pada Julai.



Hampir 800 daripadanya adalah anggota batalion lain manakala selebihnya tidak pernah mengangkat senjata sebelum ini,” katanya.

Kumpulan itu juga dikatakan menarik penyertaan hampir 1,100 pejuang asing termasuk Chechnya, Arab, Eropah, Asia dan China.

“Kebanyakan mereka masuk ke Syria melalui wilayah di Turki.

Dalam pada itu, hampir 200 pejuang asing juga berada di Syria untuk berjuang bersama Barisan Al-Nusra dan kumpulan lain,” kata Rami.


- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22

No comments:

Post a Comment