Saturday 3 January 2015

19 terbunuh di Aleppo


Beirut: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh semalam selepas penentang rejim Syria melepaskan tembakan terhadap kawasan yang dikuasai tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad di Aleppo.
Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, mereka yang maut termasuk lima kanak-kanak.
Tiga daripada mereka terbunuh bersama-sama ibu mereka apabila kereta dinaiki keluarga itu dibedil roket.
SOHR berkata, sekurang-kurangnya 32 lain cedera parah dalam keganasan kelmarin yang berlaku di barat bandar itu.
Aleppo yang pernah menjadi hab ekonomi Syria mengalami kemusnahan teruk selepas pertempuran tercetus pada pertengahan 2012.
Bandar itu kini terbahagi antara tentera kerajaan di kawasan barat manakala timur Aleppo dikuasai penentang Bashar.
Tentera kerajaan dilapor semakin mara di sekitar bahagian timur seterusnya mengancam lokasi yang dikuasai penentangnya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21117#sthash.GPAvluW2.dpuf

No comments:

Post a Comment