Vanessa Marzullo (kanan) dan Greta Balqis merayu ke Rom untuk membuat usaha untuk membebaskan mereka.
Vanessa Marzullo (kanan) dan Greta Balqis merayu ke Rom untuk membuat usaha untuk membebaskan mereka.
ROM - ITALI. Satu rakaman video baharu menunjukkan dua pekerja bantuan wanita Itali yang diculik kumpulan militan di Syria merayu supaya Rom melakukan usaha untuk membebaskan mereka. Rakaman video terbabit memaparkan Vanessa Marzullo dan Greta Rameli yang diculik di Aleppo, Ogos lalu. Video berdurasi 23 saat itu dipercayai diterbitkan Barisan al-Nusra yang tidak berpuas hati dengan pembabitan Itali dalam tentera pakatan lapor Press TV . Sementara itu, Speaker Dewan Perwakilan Itali, Laura Boldrini berkata perkembangan terbaharu itu amat melegakan selepas mengetahui kedua-dua wanita terbabit masih hidup dan dalam keadaan sihat. Bagaimanapun, Kementerian Luar Itali yang sebelum ini menolak laporan wanita berkenaan diculik enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penyebaran video berkenaan.