Saturday 19 December 2015

32 maut dibom

Beirut: Seramai 32 orang terbunuh, separuh daripada mereka kanak-kanak dan wanita, dalam serangan udara yang disyaki dilancarkan tentera Russia di tiga kawasan di utara Syria.
Ketua kumpulan pemerhati hak asasi Syria Rami Abdel Rahman berkata semalam, kematian itu dilaporkan selepas pesawat pengebom melancarkan serangan menyasarkan Raqqa, ibu negeri kumpulan Negara Islam dan juga bandar Azaz dan Al-Bab di wilayah Aleppo, kelmarin.
Menurutnya, enam kanak-kanak dan 11 wanita antara yang mati sementara puluhan lagi penduduk cedera.
Rami juga berkata, dua pekerja penyelamat adalah antara yang terbunuh di Raqqa. Bagaimanapun, tidak ada militan yang mati dalam serangan di ketiga-tiga kawasan berkenaan.
Russia melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad di seluruh Syria sejak tiga bulan lalu.
Kumpulan pemerhati itu berkata, ia membezakan serangan yang dilakukan oleh askar Syria, Russia dan pesawat pakatan yang diketuai Amerika Syarikat berdasarkan corak penerbangan serta jenis pesawat dan bom yang digunakan.
Menurut Rami, serangan udara Russia sejak 30 September lalu menyebabkan 1,900 orang terbunuh, sebahagian besarnya orang awam.
Lebih 250,000 orang terbunuh sejak konflik Syria meletus pada 2011.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2015 @ 8:24 AM


PEJUANG penentang rejim Syria dari Briged Faylaq al-Rahman menunaikan solat di kawasan yang mereka kuasai berhampiran Lapangan Terbang Tentera Marj al-Sultan di wilayah Ghouta Timur, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101080#sthash.3uhnODGM.dpuf

No comments:

Post a Comment