Saturday 19 December 2015

Rusia tawar percutian ke Syria

19 DISEMBER 2015

MOSCOW - RUSIA. Sebuah agensi pelancongan Rusia, Megapolis, bakal menawarkan percutian ke negara konflik Syria bermula tahun depan.
Pakej diberi nama Assad Tours dengan lawatan selama empat hingga lima hari itu bernilai AS$1,500 (RM6,000) dan akan merangkumi penerbangan, penginapan, makanan serta perkhidmatan panduan.
Difahamkan melalui laporan CNN, Presiden First Patent Company, Anatoly Aronov akan membantu memfailkan permohonan perlesenan Megapolis dengan kerajaan Moscow.
"Orang ramai ingin tahu bagaimana sejarah dicipta di hadapan mereka. Kita akan berada paling dekat 1 kilometer dari hadapan. Ia selamat. Jika berkesempatan, pelancong akan diberi senjata," katanya dan memberitahu ekspedisi itu tidak mempunyai insurans.
Katanya, sebilangan besar rakyat Syria yang belajar di universiti Rusia boleh bertutur dalam bahasa negara itu, dan pelancong tidak perlu bimbang tentang penterjemah.

No comments:

Post a Comment