Saturday 19 December 2015

Pelarian dunia 60 juta

19 DISEMBER 2015

GENEVA - SWITZERLAND. Bilangan pelarian di seluruh dunia mungkin melepasi rekod 60 juta orang, terutamanya didorong perang Syria dan konflik berlarutan lain, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu laporan, anggaran angka termasuk 20.2 juta pelarian yang melarikan diri daripada perang dan penganiayaan sejak tahun 1992.
Menurut laporan Reuters, hampir 2.5 juta permohonan pemohon suaka belum selesai, dengan Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat (AS) menerima bilangan tuntutan baharu tertinggi kira-kira satu juta yang dibuat pada separuh pertama tahun ini.
"Tahun 2015 menyaksikan jumlah pelarian seluruh dunia melebihi 60 juta buat pertama kalinya. Satu dalam setiap 122 manusia hari ini adalah seseorang yang telah dipaksa untuk meninggalkan rumah mereka. Angka terakhir hujung tahun lalu ialah 59.5 juta.
"Dianggarkan 34 juta orang telah kehilangan tempat tinggal pada pertengahan tahun, kira-kira lebih dua juta dalam tempoh sama tahun lalu. Perang saudara Yaman yang tercetus Mac lalu menyumbang jumlah paling tinggi seramai 933,500, orang," menurut laporan itu
.

No comments:

Post a Comment