Thursday 14 January 2016

Jumlah pelarian dunia kini mencecah 244 juta orang




AFP - SEBUAH keluarga daripada etnik Kurdish kelihatan berlindung di khemah pelarian di Gande-Synthe dekat Dunkirk, selatan Perancis kelmarin.


NEW YORK – Jumlah keseluruhan pelarian antarabangsa mence­cah 244 juta tahun lepas, meningkat sebanyak 41 peratus berbanding tahun 2000, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan kelmarin.
Laporan yang merupakan semakan terkini dua tahun sekali tentang trend migrasi mendapati jumlah orang yang berpindah ke negara lain secara sukarela atas sebab ekonomi atau konflik meningkat sebanyak 71 juta sejak tahun 2000.
Angka itu termasuk 20 juta pelarian seluruh dunia yang terpaksa berpindah akibat kon­flik, dengan kebanyakan mereka dari Syria, Afghanistan dan Somalia.
Kira-kira satu pertiga atau 76 juta imigran seluruh dunia tinggal di Eropah termasuk 12 juta di Jerman dan sembilan juta di Britain.
Amerika Syarikat pula mempunyai populasi imigran terbesar sebagai sebuah negara dengan 47 juta orang. Sementara itu, Rusia dan Arab Saudi ma­sing-masing mempu­nyai 12 juta dan 10 juta penduduk asing.
Timbalan Setiausaha Agung PBB, Jan Eliasson berkata, negara-negara di dunia perlu mewujudkan polisi migrasi yang memudahkan pergerakan selamat dan teratur merentasi sempadan selain menggesa sifat saling menghormati antara kumpulan imigran dan masyarakat tempatan.
Menurutnya, krisis pelarian di Eropah telah mewujudkan ketakutan dan kebencian dalam kalangan penduduk tempatan yang perlu diatasi dengan sumbangan positif oleh kumpulan imigran.
“Kami perlu memastikan bahawa kami berurusan dengan isu yang akan mengubah landskap antarabangsa,” kata Eliasson. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3xBtocNUo 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment