Tuesday 27 September 2016

Konvoi bantuan tiba di Syria


27 SEPTEMBER 2016
Konvoi bantuan tiba di Syria

Konvoi bantuan tiba di Syria Bantuan kemanusiaan tersebut dihantar ke empat bandar yang berada di bawah kepungan sejak tahun lalu.
AMMAN - JORDAN . Sebanyak 70 trak membawa bantuan kemanusiaan tiba di empat bandar terjejas di Syria buat pertama kali, menurut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, kelmarin.

Pertubuhan itu memaklumkan konvoi bantuan tersebut dihantar ke Madaya dan Zabdani berhampiran Damsyik serta ke perkampungan al Foua dan Kefraya di wilayah Idlib .

Khamis lalu, operasi bantuan PBB di Syria disambung semula selepas digantung selama 48 jam susulan serangan berdarah di negara itu yang menyaksikan sekurang-kurangnya 20 terkorban.

Agensi antarabangsa itu menggantung penghantaran bantuan itu selepas 18 daripada 31 trak konvoi kemanusiaan di Urem al-Kubra, barat Aleppo didakwa menjadi sasaran bedilan pada minggu lalu. - Reuters

No comments:

Post a Comment