Saturday 10 September 2016

Syria nafi guna gas beracun di Aleppo


10 SEPTEMBER 2016
Syria nafi guna gas beracun di Aleppo
Syria nafi guna gas beracun di Aleppo Seorang daripada puluhan penduduk yang didakwa mengalami masalah pernafasan akibat serangan gas beracun itu.
DAMSYIK - SYRIA . Syria menafikan sekeras-kerasnya tentera kerajaan menggunakan gas beracun di bandar Aleppo dan turut memaklumkan ia bersedia untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Larangan bagi Senjata Kimia (OPCW) berhubung dakwaan itu.

Kelmarin, Kementerian Luar bertindak menuding jari menyalahkan kumpulan pengganas dan penaja mereka melakukan kegiatan jenayah di negara bergolak itu.

"Kumpulan pengganas terbabit sering menyebarkan propaganda anti-Syria melalui dakwaan tidak berasas tentang penggunaan senjata kimia seperti gas klorin dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Damsyik sedia bekerjasama dengan OPCW untuk mengesahkan sama ada helikopter milik tentera kerajaan ada menggugurkan bom mengandungi gas klorin di kawasan kejiranan Aleppo, terletak kira-kira 355 kilometer di utara ibu negara, Selasa lalu.

Pada 2013, kerajaan Syria telah menyerahkan kesemua bekalan senjata kimia milik mereka di bawah perjanjian hasil rundingan Rusia dan Amerika Syarikat (AS). - Press TV

No comments:

Post a Comment