Saturday 10 September 2016

Turki, Rusia bincang gencatan senjata di Aleppo sempena Hari Raya Aidiladha






REUTERS - PUTIN (kanan) sempat bercakap sesuatu kepada Erdogan ketika para pemimpin G-20 bergambar di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China pada 4 September lalu.

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin bersetuju lewat kelmarin mengenai keperluan gencatan senjata secepat mungkin di Syria, lapor media tempatan.

Ankara berharap gencatan senjata akan dilaksanakan di bandar Aleppo, utara Turki sepanjang cuti Hari Raya Aidiladha di Turki yang akan bermula 12 September ini.

Erdogan memberitahu Putin melalui telefon kelmarin bahawa gencatan itu perlu dilakukan secepat mungkin, lapor agensi berita Anadolu.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meningkatkan usaha bagi tujuan tersebut, tambah laporan tersebut.

Turki dan Rusia kekal sebagai pembangkang terhadap konflik di Syria dengan Moscow menyokong kerajaan dan Ankara menyokong perjuangan pemberontak untuk menjatuhkan Pre­siden Bashar al-Assad.

Pemimpin Turki itu telah bertemu dengan Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara berasingan pada mesyuarat G-20 di China baru-baru ini, memberitahu kedua-dua­nya bahawa ia satu keperluan untuk bersetuju diadakan gencatan senjata di Aleppo.

Jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin pada Selasa berkata, gencatan senjata boleh bermula dengan 48 jam pertama yang kemudian akan dipanjangkan apabila kedua-dua pihak, rejim Bashar dan pejuang pemberontak menghentikan serangan.

– AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4Jo3PQGnu
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment