Friday 28 October 2016

Rusia dedah misil nuklear terbesar


27 Oktober 2016 12:25 AM
MISIL Sarmat RS-28 atau dikenali sebagai Satan 2 akan dilancarkan

MISIL Sarmat RS-28 atau dikenali sebagai Satan 2 akan dilancarkan oleh Rusia pada lewat 2018. AGENSI
MOSCOW 26 Okt. – Rusia mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan misil nuklear terbesarnya dan dikatakan mampu memusnahkan kawasan sebesar sebuah negara Perancis.

Menurut Mail Online, misil berkenaan yang diberi nama RS-28 itu dan digelar Satan 2 oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mempunyai kelajuan maksimum sehingga tujuh kilometer per saat dan direka untuk mengatasi sistem perisai anti-misil.

Misil Sarmat terbaharu itu boleh melancarkan kepala pele­dak sehingga 40 megaton iaitu 2,000 kali lebih berkuasa berbanding bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki pada 1945.

Dalam pada itu, menurut rangkaian berita Rusia, Zvezda, yang dimiliki oleh Kementerian Perta­hanan Rusia, misil itu mempunyai keupayaan jarak sehingga 10,000 kilometer, yang dikatakan mampu menyerang London dan beberapa bandar Eropah lain serta Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Pertahanan da­lam pada itu merancang untuk melaksanakan penggunaan Sarmat pada lewat 2018 dan menggantikan mi­sil ter­da­hulu, SS-18 pada 2020.

Misil terbaharu itu dikatakan sedang menjalani ujian berdekatan Miass di Rusia.

“Misil SS-18 sudah berusia le­bih 30 tahun, jadi walaupun anda mempunyai hubungan yang baik dengan NATO, kamu mesti mahu mengemaskinikan peluru berpandu anda.

“Tetapi Presiden Rusia, Vladi­mir Putin tentu gembira ke­ra­na langkah itu digambarkan sebagai satu langkah agresif. Beliau mahu menunjukkan kepentingannya,” kata seorang pakar nuklear di Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja London, Igor Sutyagin.

No comments:

Post a Comment