Monday 3 October 2016

Sukarelawan sayu dapat selamatkan bayi



02 Oktober 2016 12:38 AM
Image result


GABUNGAN gambar merakamkan Abu Kifah menangis teresak-esak selepas dia menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 30 hari daripada sisa runtuhan sebuah bangunan di Idlib, baru-baru ini. - AGENSI

BEIRUT 1 Okt. - Seorang anggota penyelamat Syria dirakam menangis teresak-esak selepas berjaya mengeluarkan seorang bayi perempuan berusia 30 hari yang masih hidup daripada sisa runtuhan sebuah bangunan dalam satu serangan udara di Idlib, kelmarin.
Dalam klip video selama 47 saat itu, anggota sukarelawan White Helmets, Abu Kifah dirakam tidak dapat menahan air matanya sambil mendakap erat bayi berkenaan sejurus dia dan rakan pasukan menggali sisa runtuhan sebuah bangunan selama dua jam.
Mail Online melaporkan, Abu Kifah bersama bayi itu kemudiannya menaiki sebuah ambulans ke sebuah hospital di Idlib, satu daripada beberapa hospital yang penuh sesak di Syria.
Rakaman video serangan di Idlib yang mengorbankan sebanyak 11 orang itu pada masa sama mengakibatkan seorang pembaca berita BBC, Kate Silverton turut menangis secara langsung sejurus dia melihat klip tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sukarelawan-sayu-dapat-selamatkan-bayi-1.389442#sthash.yUGoCpVv.dpuf

No comments:

Post a Comment