Thursday, 7 June 2012
Wednesday, 6 June 2012
Bermain-main, bawa sandwich yang dibuat mak nya
Bermain-main, bawa sandwich yang dibuat mak nyaIa adalah kali terakhir si ibu dapat beri si anak sandwich, kali terakhir jari kecil si anak menyentuh si ibu, tetapi dia tidak tahu
Dengan penuh keriangan, dia ambil sandwich dan melompat keluar untuk bermain bersama kawan-kawan
Dia sanagt lapar, beberapa suapan diambil, tidak jauh dari situ, belum lagi buka pintu rumah, limpahan letupan dan peluru tiba.
Satu peluru, lebih laju dari langkahnya.
Itu adalah pengakhiran, beliau terken peluru tersebut dan darah mengalir di sandwich itu.
Ya Allah, selamatkan lah Syria
................
Ashraff Ismail
Tuesday, 5 June 2012
AS pula beri amaran kepada Syria
Isam Al-`Attar adalah seorang tokoh pemikir Islam dan juga merupakan mantan Pemerhati Umum Ikhwan Al-Muslimun di Syria.Isteri beliau, Bannan Binti Ali At-Tantawi telah dibunuh dengan kejam oleh rejim Syria pada 17 Mac 1981 di Bandar Aachen, Jerman.
`Isam amat menyanyagi isterinya dan sehingga kini beliau masih terkenangkannya.
Setelah berlaku peristiwa sedih tersebut, orang-orang awam di kalangan rakyat Syria dan bangsa Arab yang lain bertanya kepadanya :
“Adakah anda menganggap bahawa seluruh syiah alawi (rejim Syria) bertanggugjawab atas pembunuhan Ummu Ayman (gelaran kepada Bannan)?”
Beliau menjawab : “Saya tidak boleh meletakkan kesalahan ini kepada mereka kerana Allah berfirman :
“Seseorang itu tidak memikul dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.”
Juseru, sejak dahulu lagi saya telah mempertahankan keadilan dan membela kebenaran. Dan saya sentiasa dan akan terus mempertahankan keadilan dan membela kebenaran untuk rakyat dalam menghadapi golongan syiah alawi (rejim Syria) dan bukan alawi sepertimana saya membela kebenaran buat anak saya Hadiyah dan Ayman.
Moral :
Senjata ampuh kita ialah pemikiran Islam yang berpaksikan kepada akidah yang tulen, Al-Quran dan juga As-Sunnah. Justeru tindakan umat Islam perlu bertitik tolak dari kefahaman yang jelas dan benar.
Sementara orang yang tidak bertamadun hanya bermodalkan senjata yang digunakan untuk membunuh kanak-kanak dan seluruh rakyat jelata!
Monday, 4 June 2012
Apabila Mufti Besar Al-Azhar mengeluarkan fatwa wajib bunuh Bashar Al-Assad
Apabila Mufti Besar Al-Azhar mengeluarkan fatwa wajib bunuh Bashar Al-AssadUlama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.
“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.
“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”
Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad.
Pihak berkuasa Syria berdalih mereka berperang melawan “pengganas”, yang telah mengorbankan 2000 tentera dan polis.
Aktivis mengatakan bahawa pembunuhan dilakukan setiap hari oleh pasukan Asssad di bandar yang memprotes. Pada hari Isnin, aktivis mengatakan 57 orang, termasuk 26 kanak-kanak-kanak dan 21 perempuan, dibunuh oleh pasukan Assad di Homs, bandar ketiga terbesar Syria.
Para aktivis berkata, beberapa dari mereka yang terbunuh mempunyai bekas gorokan pada kerongkong mereka dan yang lain terkena luka tusuk di Karm al-Zeitoun dan Al Adawiyeh persekitaran bandar Homs. Pihak berkuasa Syria menuduh “geng pengganas” berada di balik pembunuhan dengan tujuan mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Damsyik.
Setelah menyelesaikan serangan di Homs, pasukan tentera Syria mempertingkatkan operasi di utara, melakukan pengeboman di kota Idlib untuk tiga hari.
Seorang aktivis di bandar itu mengatakan bahawa pada hari Selasa lepas pasukan keselamatan telah membunuh lebih dari 20 orang yang cuba untuk meninggalkan daerah itu dalam dua hari terakhir dan membuang mayat mereka di Masjid al-Bilal.
Ketika penduduk tempatan pergi untuk memeriksa mayat-mayat, mereka juga mendapat serangan, menambah korban yang terbunuh menjadi di angka 50 orang, kata aktivis kepada Reuters.
“Ketika orang datang dari wilayah pada sekitar awal hari tadi, pasukan keselamatan juga mula menembak mereka. Secara keseluruhannya, kira-kira 45 orang dibunuh,” kata aktivis, yang, seperti kebanyakan aktivis di Syria, hanya memberikan nama depannya, Muhammad, kerana takut dicari oleh pihak kerajaan.
Pembunuhan
Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria.
“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kewajipan setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa wanita mereka,” kata Dr Hashem Islam, ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.
Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia.
“Kejahatan yang dilakukan oleh pembunuh Bashar dilarang oleh Islam dan tidak akan mencapai keselamatan,” katanya.
Sheikh Abdel-Moneim Al-Bari, bekas pimpinan ulama Al-Azhar sangat bersetuju dengan pembunuhan ke atas Bashar.
“Presiden Syria Bashar Al-Assad perlu dibunuh kerana membantu pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap orang awam yang damai di Syria,” katanya.
Al-Bari, bekas anggota Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua hukum agama dan adat manusia.
“Dia layak mendapat hukuman segera.”
Syaikh Muhammad Al-Ghazali berkata :
Syaikh Muhammad Al-Ghazali berkata :Apabila pertarungan di antara kebenaran dan kebatilan sudah sampai ke tahap kemuncaknya, dan setiap pihak telah memberikan usaha semaksima mungkin demi mencapai kejayaan, maka di sana terdapat satu saat dan ketika di mana setiap dari pihak kebenaran dan kebatilan akan berada di peringkat terakhir dalam pertembungan mereka.
Dan yang menjadi titik perpisahan dan noktah kemenangan di antara 2 pihak tersebut di peringkat ini ialah kesabaran dan ketahanan.
Ketika inilah ujian getir terhadap iman bermula. Jika golongan beriman terus bertahan dengan penuh kesabaran, maka seluruh kelebihan akan memihak kepada mereka.
Pada saat inilah kebenaran akan zahir dan menonjol sementara kebatilan mula merosot dan bergerak mundur secara perlahan-lahan.
Lalu, atas nama Allah, berlakulah kemenangan yang sudah dijangkakan
Syaikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubi
Syaikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubiPeristiwa penyembelihan di perkampungan Haulah akan kekal terukir di ingatan rakyat Syria dan akan menjadi inspirasi jihad meruntuhkan kezaliman. Regim yang zalim tidak mampu untuk memadam atau menafikan peristiwa sadis ini dari ingatan rakyat dan lembaran sejarah.
Kami mencabar pihak regim agar mengisytiharkan perkabungan di peringkat kebangsaan selama 3 hari ke atas para syuhada` yang gugur, jika mereka berani berbuat demikian.
Adakah perkara sedahsyat ini pernah berlaku dalam lipatan sejarah Syria?
Adakah Dr. Bouti masih tergamak mempertahankan regim serta menyalahkan pihak pembangkang dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini?
Tidakkah pihak regim merasa malu apabila mereka dan pihak media mengisytiharkan untuk menubuhkan pasukan penyiasat dalam kes jenayah berat ini? Ironinya, setelah 14 bulan berlalu, jawatankuasa siasatan masih belum pernah membentangkan hasil siasatan mereka ke atas peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Dar`a dan Duma.
Andainya kita mempercayai pihak regim benar-benar tidak terlibat, bukankah presiden sewajarnya melepaskan jawatannya (jika ia masih memiliki rasa malu) kerana beliau sudah hilang kemampuan mengawal rakyatnya serta tidak mampu memberikan keamanan dan kestabilan kepada negara?
Sunday, 3 June 2012
Saturday, 2 June 2012
Friday, 1 June 2012
Berita ‘Gembira’ Buat Pembunuh
Berita ‘Gembira’ Buat PembunuhOleh : Syaikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubi
Kami telah menerima berita tragis tentang penyembelihan umat yang dilakukan oleh tentera-tentera Asad di Hula. Lebih dari 100 orang yang tidak bersalah telah dibunuh setelah mereka disembelih, dikerat-kerat, dipotong-potong dan dicederakan dengan cara yang mengerikan yag melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak bersalah.
Dalam pada kami mengutuk jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini, kami juga menyatakan bahawa kesedihan dan kekecewaan yang melanda akibat dari kekejaman yang mengerikan ini tidak dapat diungkapkan oleh mana-mana bahasa dan perkataan. Justeru kami mengajak semua pihak yang punya hati dan perasaan agar mengutuk jenayah berat ini melalui apa sahaja cara seperti siri ceramah dan penjelasan, demonstrasi dan sebagainya.
Sebagai mewakili tentera pembebasan Syria, para demonstran, pejuang-pejuang, para ulama yang bertaqwa dan ahli sufi yang berjuang, kami mengisytiharkan bahawa kami akan membalas kejahatan mereka dengan sepenuh kekuatan yang bakal menggegarkan pemerintahan regim. Kebangkitan rakyat akan berterusan serta tindakan-tindakan kami selepas ini akan lebih tegas dan keras berbanding laungan lisan. Maka berilah khabar gembira kepada para pembunuh tersebut dengan kematian yang bakal mereka hadapi.
Namun kami tegaskan juga bahawa kami tidak akan membalas dendam terhadap wanita dan kanak-kanak mereka, kerana itu bukanlah cara kami. Tetapi kami akan menghalakan serangan terus ke arah regim serta menjejaki maklumat setiap individu penjenayah yang telah terbukti terbabit dalam siri kekejaman agar ia mendapat hukuman. Justeru kami menyeru kepada setiap bapa yang mahu menuntut bela atas kematian anaknya serta mengutuk kekejaman musuh, atau mereka yang masih punya rasa cemburu terhadap maruah dan kemuliaan umat yang diinjak-injak, marilah menyertai gerakan menyelamatkan negara dan rakyat dari kejahatan tentera-tentera penjenayah.
Air mata mengalir dan perasaan hancur remuk ketika menyaksikan peristiwa sadis ini semasa makan, minum dan berehat santai. Bukanlah kami sedih atas kematian, kerana yang mati tetap mati. Dan mati itu past datang. Malah mereka yang mati syahid sedang berseronok di taman-taman syurga. Tetapi kami sedih dan kecewa kepada pihak-pihak yang bergembira dengan musibah ini, mendokong regim yang zalim dan berdiam diri dengan kejelekan yang berlaku.
Benarlah kata-kata syair :
Tiada guna dan kebaikan bagi seseorang yang hidup
Tetapi ia tidak berfungsi dan memberi manfaat kepada orang lain
PENAHANAN BERTERUSAN Encik Ahmad Mouaz Al-Khatib (06 Mei 2012):
PENAHANAN BERTERUSAN Encik Ahmad Mouaz Al-Khatib (06 Mei 2012):Sehingga ke hari ini, Encik Ahmad Mouaz Al-Khatib masih ditahan oleh Pasukan Keselamatan Tentera (Cawangan Palestin) di Damsyik sejak Jumaat 27 April 2012.
Kami meletakkan Pihak Berkuasa Syria bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan Encik Al-Khatib, memandangkan beliau tidak dibenar untuk mengamalkan hak asasi sivil & manusia seperti tidak dibenarkan menghubungi keluarganya ataupun melantik seorang peguambela.
Encik Al-Khatib adalah salah satu daripada Ulama (berpandangan sederhana) terkemuka Syria, dan terkenal tokoh masyarakat. Beliau adalah bekas Imam Masjid BesarUmayyah Damsyik dan bekas Pengerusi Persatuan Ketamadunan Islam.
Kami menggesa semua negara, pihak berkuasa antarabangsa dan diplomatik untuk mengenakan tekanan ke atas Rejim Syria bagi melepaskan Encik Al-Khatib dengan segera dan untuk mengelakkan pencabulan hak rakyat Syria yang masih berlanjutan hingga kini.
..........................
THE CONTINUOUS DETENTION of Mr. Ahmad Mouaz Al-Khatib (06 May 2012):
Up till today, Mr Ahmad Mouaz Al-Khatib is still detained by the Military Security Forces (Palestine Branch) in Damascus since Friday the 27th of April 2012.
We hold the Syrian Authorities full responsiblity for the safety of Mr. Al-Khatib, noting that he is deprived of practicing his basic human and civil rights even from contacting his family or appointing a lawyer.
Mr Al-Khatib is one of the leading moderate Syrian Scholars, and well known public figure. He is the former Imam of Grand Umayyad Mosque of Damascus and The former Chairman of the Islamic Civilizing Society.
We urge all national, international and diplomatic authorities to exert pressure on the Syrian Regime to release Mr Al-Khatib Immediately and avoid further violation acts against the Syrian people.
..........................
استمرار اعتقال الأستاذ أحمد معاذ الخطيب الحسني (06 أيار 2012).
مازال الأستاذ أحمد معاذ الخطيب الحسني قيد الاعتقال لدى سلطات الأمن العسكري - فرع فلسطين - في دمشق منذ مساء يوم الجمعة الموافق للسابع والعشرين من نيسان 2012 وحتى تاريخ هذه الرسالة.
نحمّل السلطات السورية كل المسؤولية عن سلامة و أمن الأستاذ معاذ الخطيب علماً أنه محروم من ممارسة حقوقه القانونية التي كفلها الدستور لكل مواطن سوري ابتداءً من منع الاعتقال التعسفي و انتهاءً بأبسط الحقوق التي تشمل التواصل مع أهله .
يعد الأستاذ أحمد معاذ الخطيب واحداً من أبرز الدعاة السوريين المعتدلين والشخصيات الوطنية المرموقة وهو الخطيب السابق للمسجد الأموي الكبير في دمشق، و الرئيس الفخري لجمعية التمدن الإسلامي.
و نحن ندعو كافة الهيئات الوطنية و الدبلوماسية و الدولية أن تمارس كل ضغطٍ ممكن على الحكومة السورية كي تعمل على إطلاق سراح الأستاذ الخطيب مباشرة و البعد عن الممارسات المشابهة التي تمس بحرية المواطن السوري.
Thursday, 31 May 2012
Petikan ucapan Syaikh Ismail Al-Majzub :
Petikan ucapan Syaikh Ismail Al-Majzub :Ke mana perginya tentera pembunuh dan tali barut?
Kenapa mereka melepaskan peluru berpandu, mortar dan roket serta mengadakan pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai ke atas saudara-saudara kita yang tidak bersalah di kampung Al-Haulah sehingga mengakibatkan ratusan mayat bergelimpangan di sana-sini?
Dan sebelum itu kenapa mereka tergamak meruntuh dan membedil rumah-rumah orang awam di beberapa buah daerah di sekitar Homs dan juga daerah lain?
Sampai bila fenomena mayat-mayat bergelimpangan dan pengkebumian besar-besaran akan terus berlaku terhadap rakyat Syria? Keadaan ini disaksikan secara berterusan oleh seluruh umat Arab dan umat Islam bukan Arab, malah turut disaksikan juga oleh para pemimpin-pemimpin negara luar yang sebahagiaannya terlibat dalam perancangan jahat ke atas rakyat Syria. Hal ini sesungguhnya tidak pernah disaksikan oleh sejarah Syria walaupun ketika Syria dijajah oleh Perancis dahulu.
Sampai bila peristiwa penyembelihan yang mengerikan ini akan terus berlaku hingga menyebabkan manusia sudah mula melupakan peristiwa ngeri di Dair Yasin dan lain-lain tempat?
Bilangan kekejaman yang dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat Palestin pun tidak sebesar angka kekejaman yang berlaku di Syria!
Akhir sekali saya lontarkan soalan :
Agak-agaknya apakah respon Amerika dan Rusia jika hanya 1 peratus dari peluru berpandu dan roket yang digunakan ke atas rakyat Syria ini dikenakan kepada entiti Israel yang mungkin hanya mengorbankan ratusan nyawa sahaja?
......................
Oleh : Mohd Hamim
si ibu telah shahid dalam keadaan memeluk anaknya yang juga shahid sebelumnya.
Wednesday, 30 May 2012
Tuesday, 29 May 2012
Duta Syria di negara Eropah diusir!
Duta Syria di negara Eropah diusir!Ini menunjukkan bahawa negara negara tersebut hanya bersandiwara apabila mereka menyatakan rejim Assad hilang hak memerintah
Apakah Duta duta tersebut lakukan selama hari ini?
Ini mengingatkan kita walaupun dunia melupakan kita...kita tidak meninggalkan diri kita atau perjuangan revolusi kita
Kita terus berjuang dan tidak mahu tunduk kepada pembunuh itu.ia mengingatkan kita situasi antarabangsa yang berubah berkait dengan kesabaran dan perkembangan revolusi. Ianya mengingatkan kita untuk bergantung pada diri sendiri dan Pencipta kita....
Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi telah berkata ketika sedang berkhutbah di hari Jumaat :
Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi telah berkata ketika sedang berkhutbah di hari Jumaat :"Sesungguhnya aku melihat kehancuran dan kematian Basyar Al-Asad beserta tenteranya dengan mata kepalaku.
Justeru, beredarlah wahai Asad sebelum rakyat mengambil tindakan tegas kepada anda. Nanti anda akan mengalami kesusahan…
Seluruh bangsa Arab memarahi anda. Seluruh umat Islam membenci anda. Seluruh manusia yang merdeka meluat kepada anda.
Dr. Al-Qardawi berkata lagi : Anda adalah musuh kepada rakyat! Kalian semua adalah penghisap darah!
Dengan kereta kebal, jet pejuang dan mesin gun, kalian membunuh kanak-kanak, meruntuh dan merobohkan rumah dan menghina maruah rakyat.
Namun ingatlah! Kezaliman tidak akan kekal lama. Allah sangat murka kepada orang yang zalim lagi angkuh.
Basyar! Anda sudah melampaui batas. Anda penumpah darah, pembunuh dan penjenayah.
Kemudian Dr. Al-Qardawi berdoa kepada Allah s.w.t :
Ya Allah, berilah bantuan kepada mujahidin di Syria dan sembuhkanlah orang cedera di kalangan mereka.
Ya Allah, bertindaklah ke atas Basyar dan tenteranya, pisahkan kesatuan mereka dan pecahkanlah himpunan mereka. Letakkan mereka dalam zon bencana dan turunkan azab siksa ke atas mereka!
Monday, 28 May 2012
insya allah..
di tempat ini dn di gambar inilah akan turunnya nabi isa daripada langit..di tgh bandar damsyik..
insya allah..
pertolongan pasti akan datang..pertolongan pasti akan datang..
manusia di syuria berperang hnya untuk kebebasan...
manusia di syuria berperang kerana kebenaran...
manusia di syuria memerangi musuh daripada musuh2 allah...
apakah sumbangan pertolongn yg kamu nk berikan kpd mrk??
jawapannya:
pertama :sebarkanlah tentng tempat ternkkn kmbing dan ladang gandum telah dirampas oleh puak2 syiah...
kedua : berdoalah untk mereka didlm solat dn doa2 kamu...
ketiga :dan jgnlh kamu sayang untuk mengeluarkan sumbangan duit walaupun sedikit kpda mrka,dn jgnlah kamu merasa apa yg kmu infaq itu sedikit..krn apa2 shj yg kmu infq..ia amtlah bernilai disisi allah...
..................
Bank account
RHB bank :
MUSLIM CARE
26-2120-0000-4747
mobil: 0192726567 >> Ostaz nazmi ..
Sunday, 27 May 2012
syria
Ini laporan tentang 2 program yang dijalankan oleh Pusat Kajian Kemanusiaan di Washington iaitu program “Memantau Syria” dan program “Demi wanita-wanita Syria”Satu-satunya hospital yang beroperasi di Homs sekarang ialah Hospital Bisan iaitu hospital kelolaan Persatuan Bulan Sabit Merah milik negara Palestin.
Pada hari Jumaat, 18 May 2012, 3 kes rogol dilaporkan telah dilakukan oleh pihak polis dan samseng-samseng ke atas wanita-wanita daerah Syammas ketika rumah mereka dipecah masuk. Setelah itu mereka telah pun dihantar ke hospital kerana kecederaan yang dialami.
Seramai 15 orang menjadi mangsa bunuh, sebahagian darinya ditemui dalam keadaan anggota-anggota yang dikerat sebelum dibunuh. Pihak tentera dan samseng telah menyerbu masuk rumah-rumah rakyat dan menangkap sekitar 300 orang awam secara rawak.
Sesuatu yang paling memeranjatkan ialah muazzin (tukang azan) masjid Syammas telah diseksa dengan lidah, telinga dan jari-jari tangannya telah dikerat sebelum beliau dibunuh.
Pada mulanya, isteri beliau terlebih dahulu telah ditangkap. Mereka berjanji akan melepaskan isterinya dengan syarat beliau menyerahkan diri kepada tentera.
Namun sebaliknya isterinya tetap dirogol walaupun syarat dipenuhi!
Pihak pemerhati awam telah bergegas ke Syammas. Namun masalah utama yang berlaku ialah pihak tentera menyekat mereka dari memasuki hospital untuk menemubual para mangsa yang cedera.
Temu bual ini sangat penting kerana mangsa-mangsa yang mendapat kecederaan adalah saki baki saksi hidup yang menyaksikan pembunuhan tersebut, lebih-lebih lagi dalam situasi mangsa-mangsa bunuh sudah pun dikebumikan.
Walaupun disekat, para pemerhati tetap meninjau-ninjau di kawasan Syammas. Namun rasa timbul kerana mereka dilihat hanya menyaksikan keindahan alam di SYammas dan melihat pusara-pusara mangsa bunuh. Mereka sempat merakamkan gambar-gambar dan setelah itu mereka pun beredar.
Kelakuan para pemerhati tersebut telah mengundang keraguan kepada banyak pihak. Ia menunjukkan adanya konspirasi antara pihak pemerhati dan regim.
Ini kerana para aktivis kemanusiaan dan penduduk setempat sudah memberitahu mereka lebih dari sekali bahawa mangsa yang cedera masih ada di hospital yang terletak hanya sekitar 200 meter dari daerah tersebut!
Semua mayat yang terbunuh juga masih tersimpan di hospital beserta rekod pengenalan dan telah diperiksa oleh para doctor.
Sepatutnya mana-mana pihak dibenarkan untuk mendapatkan laporan berkaitan situasi jenazah mangsa bunuh dari doktor Bulan Sabit Merah.
Tetapi pegawai tentera menetapkan bahawa hospital Bulan Sabit Merah adalah milik negara Palestin dan para aktivis kemanusiaan tidak berhak untuk memasukinya!
Malah dengan selambanya pihak pemerhati turut menyuruh para aktivis agar beredar demi keselamatan mereka. Namun apa yang lebih merbahaya ialah Kementerian Kesihatan Syria setelah itu telah mengeluarkan arahan menutup seluruh hospital dan klinik milik Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di seluruh Syria dalam tempoh 15 hari!
Dan lebih pelik lagi apabila pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah di Damsyik turut menokok tambah arahan tersebut dengan mendakwa hospital terbabit tidak pernah mendapat sebarang lesen dan kebenaran untuk beroperasi!
Namun ironinya, hospital berkenaan sejak dahulu merupakan satu-satunya hospital yang beroperasi di negeri Homs sehingga sekarang. Ia bukan sekadar berkhidmat merawat kecederaan malah juga kepada pesakit-pesakit biasa termasuk menvaksin bayi dan kanak-kanak!
Dan yang amat memalukan, khidmat kesihatan yang sepatutnya dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Syria terhadap kanak-kanak mereka – yang telah pun dihentikan sejak 7 bulan yang lalu – kini diambil alih oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di Homs dengan kos yang mereka tanggung sendiri, tanpa sebarang bantuan dari kerajaan Syria!
Justeru, menghentikan khidmat rawatan kesihatan di seluruh Syria secara umumnya dan di Homs secara khususnya adalah satu bencana kemanusiaan yang sangat berat.
Perbincangan dan rayuan telah dibuat dengan pihak berwajib. Namun mereka dengan mudah menolak sambil beralasan, “Keputusan ini dibuat atas faktor politik!”
Pihak aktivis kemanusiaan cuba berhujjah bahawa Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin telah lama beroperasi di Syria dengan kebenaran yang dikeluarkan Mantan Presiden Syria iaitu Nuruddin Al-Atasi (presiden Syria dari tahun 1966 – 1970). Namun menteri berkenaan menjawab dengan selamba : “Kebenaran tersebut telah pun dibatalkan sekarang kerana faktor politik!”
..........................
Oleh : Mohd Hamim Semaon
Berita yg sedang hangat diperkatakan Mujahideen Syria berjaya membunuh 6 orang yg memegang jawatan tertinggi dalam tentera Syria..
Berita yg sedang hangat diperkatakan Mujahideen Syria berjaya membunuh 6 orang yg memegang jawatan tertinggi dalam tentera Syria..semoga berita ini benar Wallahua'lam.طيلة الليلة الماضية واليوم :: والمجلس العسكري في دمشق وريفها :: يؤكد استهداف كبار ضباط خلية الأزمة في دمشق :: ومقتل عدد منهم :: و جميع مصادر نظام الأسد تنفي الخبر :: و الوضع في دمشق متوتر جداً
رابط تبني العملية ::
http://www.youtube.com/
نسأل الله أن يشفي صدورنا بالطغاة
Saturday, 26 May 2012
Anak kecil ini gugur sebagai syuhada ketika bersolat dan memuji Allah...
Jangan bersedih wahai anak kecil. Insya-Allah pertolongan Allah sentiasa bersama kalian.
Allah maha mendengar doa anak kecil yg bersih ini."Kenapakah rumah dan bangunan di sekelilingku semuanya musnah menyembah bumi? Bahana apakah yang sedang melanda negaraku yang tercinta ini? Dimanakah umat Islam dalam melihat saudaranya ini dizalimi setiap hari..?"
Mungkin inilah yang sedang terbuku di dalam hati anak kecil Syria ini. Jelas kelihatan riak wajah kecewa anak kecil yang masih belum mengenal erti kehidupan ini terhadap sikap umat Islam yang tidak menghiraukan keperitan mereka.
Jangan bersedih wahai anak kecil. Insya-Allah pertolongan Allah sentiasa bersama kalian.
Wajah As-Syahid Syeikh Ahmed Abdul Wahid, ulama' Sunni Lubnan yang dibunuh ketika pemeriksaan keselamatan oleh tentera Lubnan pada 20 Mei baru-baru ini.
Wajah As-Syahid Syeikh Ahmed Abdul Wahid, ulama' Sunni Lubnan yang dibunuh ketika pemeriksaan keselamatan oleh tentera Lubnan pada 20 Mei baru-baru ini.Syeikh merupakan di antara ulama' yang lantang bersuara menyokong kebangkitan rakyat Sunni di Syria dan telah menguruskan pelarian-pelarian rakyat Syria di Lubnan.
Syeikh di antara yang dibunuh dalam satu rusuhan yang berlaku di Lubnan hasil pakatan Hizbullah (baca : Hizbul Lat) dan dibantu oleh rejim Syria untuk melakukan keganasan terhadap Sunni di Lubnan.
Semoga Allah mengurniakan syurga buat syeikh. Insya-Allah. Al-Fatihah.
Friday, 25 May 2012
Wednesday, 23 May 2012
ALLAHUAKBAR...! ALLAHUAKBAR...! ALLAHUAKBAR...!
ALLAHUAKBAR...! ALLAHUAKBAR...! ALLAHUAKBAR...! ..........................
Laporan Bridged Sahabah cawangan Damsyik dan Pinggiran Damsyik.
Sumber : Pejabat Induk Bridget
Firman Allah :
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Barangkali kamu membenci sesuatu tetapi sebenarnya ia baik untuk kamu. Dan barangkali kamu menyukai sesuatu tetapi hakikatnya ia buruk untuk kamu.
Al-Baqarah : 216
Laporan terperinci berkenaan operasi Bridged Sahabah yang mensasarkan ‘Unit Perancangan Krisis Musuh’
Kami di pihak Bridged Sahabah menegaskan perlaksanaan operasi rahsia yang mensasarkan pasukan tentera musuh. Setelah hampir 2 bulan mengawasi serta menghimpun maklumat berkaitan dengan anasir-anasir Unit Perancangan Krisis (yang dikawal oleh pihak atasan tentera-tentera musuh iaitu Hassan Turkmani - Hisham Bakhtiar - Asif Shawkat - Daud Rajihah - Mohammed Saeed Bakhitan - Mohamed Syiar - Ali Mamluk - Solah Al-Nuaimi), pihak Bridged telah merekrut ‘mata-mata’ lalu dihantar untuk duduk bersama-sama penjenayah Mohammed Saeed Bakhitan. ‘Mata-mata’ tersebut adalah seorang belia yang secara sukarela mahu membalas dendam terhadap maruah, darah dan kesucian umat yang telah dicemari dan dihina oleh regim zalim ini.
Opersasi ini dilakukan dibawah kawalan ketat musuh dan setiap gerak geri diperhatikan dan diawasi.
Pihak Bridget telah merancang untuk meracuni beliau dengan bantuan seorang pakar racun. Pakar racun tersebut telah menggunakan 5 jenis racun cacair peringkat tertinggi dan telah diproses sehingga ciri warna, rasa dan baunya tidak lagi kelihatan. Selain itu juga sejenis racun serbuk telah sempurna diproses serta satu perancangan operasi berperingkat menghapuskan tentera-tetera atasan musuh di seluruh bandar Damsyik turut berjaya dirancang sehinggalah jatuhnya regim pada suatu haru nanti insya Allah.
Pada waktu yang telah ditetapkan, bermulanya perancangan peringkat pertama. Pada jam 7.30 malam, hari Sabtu 19 Mei 2012, telah berlangsung satu mesyuarat unit yang biasanya berakhir pada jam 10 malam. Mesyuarat itu mengeluarkan pelbagai keputusan jahat yang akan dilaksanakan oleh tentera Syria.
Secara senyap-senyap wira muda ini telah memasukkan racun ke dalam makanan anggota unit ini. Pada hari itu, Ali Mamluk dan Solah An-Nuaimi tidak hadir mesyuarat. Namun para penjenayah ini selalu akan menikmati makan malam pada jam 10.45 malam di pejabat Mohammed Saeed Bakhitan bersama beberapa pemimpin dan kakitangan.
Wira kami telah memastikan bahawa setiap seorang dari mereka telah memakan makanan beracun tersebut dalam jumlah yang banyak. Sebenarnya dos lima titik racun itu sudah cukup untuk membunuh seorang manusia, namun beliau telah meletakkan 15 titik racun dalam makanan setiap seorang. Beliau juga telah mencampurkan racun serbuk dalam jumlah yang banyak ke dalam hidangan sup yang mereka gemari hingga hampir semua yang makan pada malam itu menambah sup tersebut sebanyak 2 kali. Mereka juga telah memakan hidangan-hidangan beracun seperti daging BBQ, Yabraq (daging dibalut daun anggur) dan steak daging.
Setelah 10 minit mereka menjamu selera, pemuda tersebut telah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat serta dibawa kemudiannya keluar dari zon merbahaya.
Tidak lama kemudian, pihak musuh telah segera di bawa ke hospital Asy-Syami dan dalam masa yang singkat hospital tersebut telah dipenuhi dengan pihak tentera dan pegawai atasan. Serentak dengan itu, hospital telah ditutup dan semua talipon bimbit pesakit, juruwarat dan petugas telah diambil. Berita terbaru yang sampai kepada kami semalam (iaitu sebelum HP di ambil) mereka yang diracuni sedang nazak menghadapi kematian insya Allah.
Operasi ini sebenarnya adalah sukar dan berhadapan dengan kawalan yang ketat, hingga wira kami tidak sempat untuk menggunakan bom gas beracun yang dimilikinya dan terpaksa meninggalkan tin-tin racun ketika melarikan diri dari operasi kerana kawalan yang ketat.
Inilah yang sempat dilaksanakan oleh wira kami. Namun segalanya itu terserah kepada Kehendak Allah. Jika ada yang mati di kalangan musuh, maka tempat mereka kelak adalah neraka jahahannam dengan izin Allah. Jika ada yang masih lagi hidup, maka ianya disebab hikmah yang hanya diketahui Allah. Namun kami berjanji kepada kalian akan terus melakukan operasi-operasi yang bakal menggegarkan regim.
Allah adalah pelindung golongan beriman.
Monday, 21 May 2012
Al-fatihah...
Al-fatihah...Sarjan Mahmoud Abdul-Qader, komander Briged Usama bin Zaid telah gugur syahid dalam pertempuran dengan rejim Syria di Idlib.
Ternyata cita-citanya untuk bertemu tuhan-Nya telah dikabulkan dengan pengakiran hidupnya yang begitu mulia, dengan dikurniakan syahid.
Semoga Allah memberkati as-syahid dan memberi kerehatan kepada beliau di syurga sana setelah berhempas pulas berjihad di dunia yang fana' ini. Al-Fatihah.
::Membunuh Basyar Fardhu ‘Ain bagi Setiap Muslim::
::Membunuh Basyar Fardhu ‘Ain bagi Setiap Muslim::Setiausaha Agung Ikatan Ahlu Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad dibunuh bahkan katanya, “Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa.” Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu berkata, “Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga,” katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan
Ahlu Sunnah di bawah tajuk (Peranan Ummah dan Ulama’ Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin).
Kata beliau lagi, “Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya.”
Sofwat Hijazi kemudian menjelaskan bahawa fatwa tersebut bukan dikeluarkan oleh dirinya seorang bahkan ia melibatkan fatwa seratus orang ulama’ dari pelbagai pertubuhan Islam termasuk Ikhwan Muslimin, kumpulan Salafi dan lain-lain seraya menguatkan dengan jelas bahawa “membunuh Basyar merupakan fardhu ain ke atas umat Islam hari ini”.
Anak kecil ini bernama Mustafa Said yang berumur 12 tahun ditemui syahid di Deir Al-Zour.
Anak kecil ini bernama Mustafa Said yang berumur 12 tahun ditemui syahid di Deir Al-Zour. Pada 20 Januari, anak kecil ini tidak dapat dikesan dan dikhuatiri telah diculik oleh rejim Basyar. Pada pagi 6 Mac 2012, jasad anak kecil ini ditemui di dalam sebuah bangunan terbengkalai dengan badannya terdapat kecederaan yang begitu teruk.
Beliau disahkan syahid akibat menerima penyeksaan yang teruk daripada rejim setelah sekian lamanya. Al-fatihah.
Sunday, 20 May 2012
7 lelaki ini telah shahid. mereka dari keluarga yang satu.
Monday, 7 May 2012
Gambar ini menunjukkan lubang kubur yang digali di kawasan taman permainan di Syria.
Gambar ini menunjukkan lubang kubur yang digali di kawasan taman permainan di Syria. Hal ini kerana, tanah perkuburan biasa tidak mampu untuk menampung jumlah syuhada' yang gugur dalam satu masa.Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat Syria.
(Sumber gambar : FB Syeikh Abdulrahman Safar Alhawali)
Subscribe to:
Posts (Atom)





























