Askar Lubnan memeriksa orang awam di pusat pemeriksaan di Arsal, sebuah kawasan puak Islam Sunnah di timur negara itu yang bersempadan dengan Syria Februari lalu.
Beirut: Kumpulan bersenjata membunuh tiga anggota tentera Lubnan di pusat pemeriksaan tentera di timur Lembah Bekaa semalam sebelum melarikan diri ke sempadan Syria, kata pegawai Lubnan.
Tidak dapat dipastikan siapa melancarkan serangan, yang menjadi kejadian terbaru di wilayah sempadan yang terjerumus ke dalam keganasan di negara jirannya itu.
Perang saudara Syria memecahkan penduduk Lubnan, dengan kebanyakan penduduk Syiah menyokong Presiden Bashar al-Assad dan ramai golongan Sunnah menyebelahi pejuang pembebasan, meletakkan tentera Lubnan dalam tekanan memastikan ketegangan mazhab tidak berlaku.
Kebanyakan kumpulan Sunnah di utara dan timur Lubnan menyalahkan tentera kerana menghalang usaha mereka menyokong pejuang pembebasan di Syria dengan senjata dan pejuang tetapi pada masa sama gagal menyekat Hizbullah daripada menghantar anggotanya membantu Assad.
Kejadian semalam berlaku sebelum subuh berhampiran bandar Arsal, di kawasan yang digunakan pejuang pembebasan Syria dan rakan mereka di Lubnan untuk menyeludup senjata dan pejuang ke Syria.
“Tentera di pusat pemeriksaan berdepan penyerang dan pertempuran berlaku yang menyebabkan kematian tiga askar,” kata tentera dalam kenyataan.
Tentera memburu penyerang, yang mungkin sudah melarikan diri ke Syria, kata Menteri Pertahanan, Fayez Ghosn.
REUTERS
Tidak dapat dipastikan siapa melancarkan serangan, yang menjadi kejadian terbaru di wilayah sempadan yang terjerumus ke dalam keganasan di negara jirannya itu.
Kebanyakan kumpulan Sunnah di utara dan timur Lubnan menyalahkan tentera kerana menghalang usaha mereka menyokong pejuang pembebasan di Syria dengan senjata dan pejuang tetapi pada masa sama gagal menyekat Hizbullah daripada menghantar anggotanya membantu Assad.
Kejadian semalam berlaku sebelum subuh berhampiran bandar Arsal, di kawasan yang digunakan pejuang pembebasan Syria dan rakan mereka di Lubnan untuk menyeludup senjata dan pejuang ke Syria.
“Tentera di pusat pemeriksaan berdepan penyerang dan pertempuran berlaku yang menyebabkan kematian tiga askar,” kata tentera dalam kenyataan.
Tentera memburu penyerang, yang mungkin sudah melarikan diri ke Syria, kata Menteri Pertahanan, Fayez Ghosn.
REUTERS
No comments:
Post a Comment