Wednesday, 29 May 2013

Konflik Syria sangat menakutkan - Navi Pillay


GENEVA 27 Mei - Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay berkata, konflik saudara di Syria kini mencapai tahap 'sangat menakutkan' dan satu perbahasan segera akan dijalankan minggu ini berhubung situasi tersebut.
"Bencana kemanusiaan, politik dan sosial sedang berlaku di Syria dan ia adalah satu mimpi ngeri," katanya kepada para diplomat semasa perasmian sesi persidangan Majlis Hak Kemanusiaan di sini hari ini.
Beliau dalam pada itu turut memberi amaran bahawa pencabulan hak di Syria telah mencapai tahap ‘mengerikan’, sambil menyifatkan situasi itu sebagai 'satu penghinaan kemanusiaan yang sangat dahsyat'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_14/Konflik-Syria-sangat-menakutkan---Navi-Pillay#ixzz2UexNeQiY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment