Wednesday 29 May 2013

EU tarik sekatan penentang al-Assad


 
Brussels: Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk menarik balik sekatan senjata ke atas pembangkang Syria tetapi mengekalkan semua sekatan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad selepas 1 Jun, kata Setiausaha Luar Britain, William Hague, lewat kelmarin.

Keputusan itu menghantar mesej keras dari Eropah kepada rejim Assad, kata Hague selepas mesyuarat seharian yang menunjukkan keraguan EU untuk membekalkan senjata dalam konflik negara luar beberapa bulan selepas ia menang Hadiah Nobel Keamanan.
Hague menegaskan Britain tidak mempunyai rancangan menghantar senjata kepada Syria.

“Ia memberikan kita fleksibiliti untuk bertindak balas pada masa depan jika keadaan terus buruk,” katanya.

Tiada anggota EU lain mempunyai pelan membekalkan senjata kepada pejuang pembebasan.

“Saya tidak mengesan sebarang kesediaan daripada sesiapa pun pada masa ini untuk menimbang pilihan tertentu,” kata Menteri Luar Sweden, Carl Bildt.

Britain dan Perancis yang juga kuasa tentera terbesar EU menggesa blok itu menarik balik sekatan penghantaran senjata ke Syria untuk membantu pembangkang.
Semua 27 negara anggota EU bersetuju sesuatu perlu dilakukan untuk mengawal eksport dan memastikan ia tidak jatuh ke tangan pelampau atau pengganas.

AP

No comments:

Post a Comment