Wednesday 29 May 2013

Roket dilancar ke wilayah Israel


BEIRUT 27 Mei - Satu bedilan roket dilancarkan dari selatan Lebanon ke wilayah Israel lewat malam tadi, kurang sehari selepas dua letupan roket menggegarkan kawasan kubu kuat Hezbollah di selatan bandar raya ini, semalam.
Menurut agensi berita kebangsaan milik kerajaan Lebanon, roket itu dibedil daripada satu lokasi berhampiran bandar Marjayoun, kira-kira 10 kilometer ke utara sempadan Israel.
Namun, masih tidak diketahui siapa yang melepaskan tembakan roket itu dan adakah serangan itu menyebabkan sebarang kematian atau kerosakan.
Tentera Israel turut enggan mengesahkannya, tetapi menyatakan penduduk di kawasan terbabit mendengar bunyi letupan dan mereka sedang berusaha merungkai insiden itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130528/lu_06/Roket-dilancar-ke-wilayah-Israel#ixzz2UewfXK9A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment