29 Mei 2013
BEIRUT - Seorang lelaki bersenjata dilapor melepaskan tembakan ke arah pusat pemeriksaan ketenteraan sempadan di Lembah Bekaa, timur Lubnan, menyebabkan tiga askar terbunuh, semalam.
Menurut sumber, dua mangsa disahkan maut sejurus serangan dan mangsa ketiga meninggal dunia sewaktu dirawat di hospital.
Kawasan serangan berdekatan bandar Arsal adalah lokasi penyeludupan utama senjata oleh kumpulan pemberontak Syria bagi melancarkan serangan menggulingkan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Dalam Februari lalu, empat askar Lubnan dan dua penyerang terbunuh selepas berbalas tembakan berhampiran Arsal menurut laporan Al-Jazeera.

No comments:
Post a Comment