DAMSYIK - Tentera Pembebasan Syria (FSA), kelmarin memberi tempoh 24 jam kepada gerakan Hizbullah supaya berhenti berjuang bersama tentera rejim Presiden Bashar al-Assad, menurut laporan Press TV.

Brigadier Jeneral, Salim Idris memberi amaran itu sehari selepas beliau mengadakan mesyuarat bersama Senator Amerika Syarikat, John McCain yang merentasi sempadan Turki untuk masuk ke Syria.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Hizbullah jika mereka ingkar dengan amaran tersebut.

Dalam perkembangan lain, Rusia tetap dengan pendirian mereka untuk membekalkan peluru berpandu canggih, S-300 kepada Syria walaupun negara antarabangsa beberapa kali menggesa  Moscow supaya membatalkan niat mereka.