Sunday, 26 May 2013

IRAN DAN HIZBULLAH BERPISAH DENGAN REJIM BASYAR TIADA..



Dipetik dari halaman "El-Watan" yang berpengkalan di Kaherah, Mesir mendedahkan agensi berita "Fars" Iran yang menyiarkan gambaran awal Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh pengikut Syiah.

Halaman tersebut mendedahkan, lelaki yang terlibat dalam sidang media menyiarkan Imam Mahdi dakwaan Syiah itu ialah Panglima Angkatan Pengawal Revolusi negara Iran, Muhammed Ja'afari (dalam bulatan merah), bukan calang-calang orang.

Perlu diingat, peranan yang dimainkan oleh Pasukan Revolusi Iran bagi mempertahankan rejim Basyar di Syria terlalu kuat.

Selama lebih dua tahun ini Ja'fari selaku ketua tertinggi angkatan Pasukan Revolusi Iran telah menghantar banyak ketumbukan tentera itu bagi memastikan kebangkitan rakyat Syria dapat dipatahkan.

Kerjasama erat antara rejim Basyar dengan Iran dan Hizbullah (baca Hizbu syaitan) seperti isi dengan kuku. Tanpa sokongan kuat dari dua 'dajjal' ini maka mustahil Basyar dapat bertahan hingga hari ini dengan melakukan penyembelihan dan pembunuhan bersiri.

Sementara "El-Watan" turut melaporkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Perhubungan Iran bahawa pihaknya akan menyiarkan suara dan gambar Imam Mahdi tersebut melalui internet. Salah seorang pemimpin Pengawal Revolusi berkata, "Suara dan gambar sebenar Imam Mahdi akan disebarkan melalui sebaran moden ke seluruh dunia."

Akidah kita Ahlu sunnah wal jamaah tidak menolak sama sekali kemunculan Imam Mahdi tetapi ia hanya cabang iman, bukan satu rukun yang wajib diimani seperti yang dipercayai oleh Syiah.

Antara mazhab yang terkenal dalam Syiah ialah Syiah Dua Belas (Syiah Ithna 'Asyar) iaitu mereka meletakkan keyakinan mesti beriman dengan 12 orang imam mereka bermula dengan Imam Ali dan terakhir Imam Mahdi yang bersifat maksum. Mereka yang tidak beriman dengan imam dua belas ini maka KAFIR. Ini jugalah menjadi pegangan akidah Khomeini yang mengasaskan Republik Islam ala-Syiah IRAN tahun 1979. 

Sifat mendewa-dewakan imam mereka ini menjadikan mereka sesat dan menamakan Mahdi sebagai "muntazar" iaitu yang ditunggu-tunggu sedangkan kita Sunni kemunculan semula Imam Mahdi hanya sebagai "cabang iman" bagi mengembalikan keadilan Islam di dunia ini. 

No comments:

Post a Comment