Sunday, 26 May 2013

MENYINGKAP KEMUNAFIKAN NASRALLAH DAN 'HIZBU SYAITON'



Rakyat Syria memilih hari Jumaat bersamaan 24 Mei 2013 dengan nama "Jumaat Dajjal Kebangkitan..Al-Quds Bukan Berada di Homs".

Apakah maksud nama ini dipilih? Ia bersesuaian dengan situasi semasa yang menyaksikan militia Hizbullah (baca Hizbu Syaiton) bertali arus memasuki wilayah Homs bagi melakukan serangan bersama askar rejim Syria dan tali barut mereka bagi menguasai semula beberapa kawasan yang selama ini berada dalam genggaman Tentera Bebas Syria (FSA) dan mujahidin. Lebih seminggu lalu mereka menggempur askar mujahidin. Dilaporkan juga lebih 30 kematian di pihak militian Hizbullah sejak seminggu lalu. Mayat mereka dihantar pulang ke Selatan Lubnan untuk disemadikan sebagai "wira".

Dilaporkan hingga kini pasukan mujahidin dan FSA mampu bertahan walaupun berhadapan serangan sengit dan asakan dari musuh. Berlegar dalam pemikiran mereka, jika mereka berundur maka yang pasti apabila askar rejim menguasai penempatan tersebut maka nyawa rakyat awam akan terancam. Mereka akan dibunuh beramai-ramai seperti nasib yang menimpa penduduk di Baniyas sebelum ini.

Pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrallah adalah "dajjal" zaman ini. Jika tanpa arahan darinya mustahil bala tentera Hizbullah akan dihantar ke Syria. Dia mengajar askarnya bahawa perang di Syria adalah "jihad mempertahankan tempat suci". Sesiapa yang terbunuh ganjarannya syurga kerana matinya adalah mati syahid.

Rakyat Syria mengajar kembali Nasrallah dan militia 'dajjal'nya, Hizbullah bahawa mereka mungkin 'tersilap' tempat suci kerana Homs bukan tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa atau Al-Quds. Al-Quds terletak di Baitul Maqdis.

Jika benar mereka mahu membebaskannya dari tangan Yahudi kenapa tidak dihantar bala tentera mereka ke sana? Biar militia mereka memerangi askar Yahudi durjana itu. Kenapa umat Islam Sunni Syria yang menjadi mangsa kebodohan politik sentimen jahat mereka? Adakah mereka takut kepada Yahudi? Atau mereka sebenarnya proksi Yahudi dan Amerika?

Kini jelas siapa sebenarnya Hizbullah. Tidak salah jika kita doa laknat buat mereka. Henti namakan mereka sebagai Hizbullah. Panggillah mereka dengan "Hizbu Syaiton".

No comments:

Post a Comment