25 Mei 2013
BEKAS Ketua Majlis Kebangsaan Syria (SNC), Moaz al-Khatib mencadangkan supaya Presiden Bashar al-Assad menyerahkan kuasa kepada timbalan atau perdana menteri sebagai tawaran jalan keluar selamat kepada pemimpin itu.
Menurut laporan Al-Jazeera, Al-Khatib memuat naik inisiatif tersebut di Facebook dan turut menggesa pembangkang menerima pakai rancangan beliau.
Di bawah inisiatif itu, Assad diberi tempoh 20 hari bermula, kelmarin untuk menerima satu peralihan kuasa secara aman.
Selepas itu, presiden tersebut mempunyai masa selama sebulan untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Faruq al-Sharaa atau perdana menteri, Wael al-Halqi yang akan memimpin Syria untuk tempoh 100 hari.
Bekas imam Masjid Omayyad turut menyambut baik cadangan tersebut yang dilihat sebagai satu usaha untuk menamatkan konflik di negara terbabit.
Sementara itu, Liga Arab memaklumkan mereka akan menghantar senarai kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu Sidang Keamanan Antarabangsa di Geneva pada bulan depan berjaya.
Senarai itu juga mengandungi cadangan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB di Syria bagi menjamin kestabilan di negara terbabit semasa tempoh peralihan tersebut. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment