
Mereka keluar di beberapa bandar utama di Syria bagi mengecam Hasan Nasrallah, pemimpin Hizbullah yang melancarkan serangan dengan menghantar bantuan ketenteraan ke atas bumi Syria, khasnya di kawasan El-Qusair dalam wilayah Homs.
Rakyat yang keluar melaungkan slogan agar Basyar Al-Asad berundur dan militia Hizbullah yang berada dalam bumi Syria dihalau keluar sepenuhnya.
Dilaporkan telah genap seminggu askar rejim Syria yang dibantu kuat oleh militia Hizbullah bermati-matian untuk merampas El-Qusair tetapi ditentang hebat oleh pasukan mujahidin yang masih kuat dengan bantuan Allah Taala.
No comments:
Post a Comment