Friday, 14 June 2013

93,000 maut di Syria


Geneva: Jumlah kematian akibat konflik Syria mencapai 93,000 hingga April lalu, kata pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa sama, pejabat itu mengakui semalam bahawa angka berkenaan mungkin lebih tinggi membabitkan konflik yang masuk tahun ke-3.

Purata lebih 5,000 orang terbunuh setiap bulan sejak Julai tahun lalu dengan angka korban tertinggi di sekitar Damsyik dan Aleppo.

“Angka kematian yang tinggi ini disebabkan pembunuhan setiap bulan yang menunjukkan keadaan konflik makin buruk sejak tahun lalu,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai Hak Asasi Manusia (UNHCR), Navi Pillay.

Analisis itu berdasarkan lapan sumber maklumat, termasuk kerajaan Syria dan agensi Pemantau bagi Hak Asasi Manusia. - REUTERS

No comments:

Post a Comment