Friday 14 June 2013

Guna budak jadi perisai


New York: Kerajaan dan penentang Syria dituduh menggunakan kanak-kanak sebagai pelindung dalam perang saudara negara itu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dalam satu laporan semalam.
Menurutnya, kematian beribu-ribu kanak-kanak dalam perang saudara di negara itu tidak boleh diterima dan badan dunia itu tidak lagi boleh bertolak ansur.

Pejabat Perwakilan Khas PBB Mengenai Kanak-Kanak Dalam Konflik, Leila Zerrougui berkata, pihaknya menerima laporan yang boleh disahkan bahawa kanak-kanak Syria dibunuh atau cedera akibat pengeboman, ditembak oleh pennembak tepat, digunakan sebagai pelindung manusia atau mangsa taktik keganasan.


Dalam laporannya itu, Leila berkata, kanak-kanak lelaki semuda 10 tahun digunakan kumpulan bersenjata dalam pertempuran.


Menurutnya, ada bukti menunjukkan Tentera Pembebasan Syria, kumpulan penentang utama di negara itu, merekrut golongan muda kebanyakannnya berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Leila juga berkata, tentera Presiden Bashar al-Assad pula melakukan keganasan seksual terhadap kanak-kanak lelaki bagi mendapatkan maklumat atau pengakuan. Mereka turut diseksa menggunakan renjatan elektrik.- AFP

No comments:

Post a Comment