Friday, 14 June 2013

Bertempur kuasai pangkalan utama tentera


Beirut: Pemberontak Syria bertempur dengan tentera rejim semalam bagi menguasai pangkalan utama tentera di wilayah tengah Hama selepas mengusir tentera keluar dari kawasan itu dan mencetuskan kebakaran, kata aktivis.

Pertempuran itu berlaku ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan jumlah korban akibat perang saudara di negara itu sejak dua tahun lalu hampir mencecah 93,000 orang.


Didorong oleh kejayaan pertempuran darat, tentera rejim sedia untuk menguasai wilayah tengah, kawasan penting yang menghubungkan Damsyik dengan kubu kuat tentera rejim di pantai Mediterranean dan Aleppo di utara.

Susulan pertempuran waktu Subuh, pemberontak bertempur untuk menggulingkan penguasaan tentera Bashar di pangkalan tentera itu di utara bandar Morek yang merintangi lebuh raya utara selatan yang strategik menuju ke Aleppo. Menjelang tengah hari, tentera rejim mengebom pangkalan itu dan menghantar bantuan ketenteraan dalam cubaan untuk menguasai pangkalan utama itu, kata kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria yang berpangkalan di Britain. - Reuters

No comments:

Post a Comment