Tentera FSA mendesak AS supaya membekalkan senjata kepada mereka.
BEIRUT - Kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) semakin terdesak dengan meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk menyalurkan bantuan senjata dalam menghadapi serangan sengit daripada tentera rejim yang turut dibantu oleh pergerakan Hizbollah.
AS sebelum ini menolak untuk berbuat demikian kerana khuatir bantuan itu gagal disalurkan dan akhirnya bekalan senjata tersebut akan jatuh ke tangan rejim Presiden Bashar al-Assad.
Namun dalam kenyataan terbaru, Presiden Barack Obama bersetuju membantu FSA berhadapan konflik tersebut tetapi tidak menjelaskan secara terperinci mengenai jenis bantuan yang akan diberikan.
Setiausaha Negaranya, John Kerry berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memberi bantuan senjata tetapi tiada pengesahan buat masa ini.
Menurutnya, tentera AS juga sudah bersedia untuk dikerah membantu FSA di utara Aleppo sekiranya diarahkan untuk berbuat demikian.
“Kami sedang menumpukan usaha untuk membantu FSA. Kami juga sedang mencari jalan damai dalam menyelesaikan konflik ini kerana peperangan bukanlah jalan penyelesaian yang berkesan,” katanya kepada Reuters.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, kumpulan militan Jabhat al-Nusra berjaya menguasai Pangkalan Tentera Minnegh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo di bandar barat laut, negara itu.
“Empat komander militan di pinggir bandar Aleppo, Harasta dan Douma turut terbunuh selepas sebuah helikopter tersasar serangan lalu menembak kumpulan berkenaan ketika sedang menyeberangi sempadan ke Aarsal, Lubnan,“ memetik laporan itu.

No comments:
Post a Comment