Komander FSA, Abdul Hamid Zakaria telah menjelaskan bagaimana isu sebenarnya bermula bila mujahidin cuba berundur dari satu bahagian di Selatan Qusair hanya bertujuan membuka laluan untuk petugas-petugas penyelamat membawa mangsa-mangsa tercedera keluar mendapatkan bantuan.
Bukan kerana mereka sudah dikalahkan oleh serangan-serangan gila Hizbu Syaitan tersebut. Namun ketika itu media rejim pula cuba mengambil kesempatan dengan menayangkan kawasan yang sengaja ditinggalkan oleh mujahidin kononnya sebagai bukti kejayaaan mereka mengusai bandar ini.
Walhal 60% dari kota ini masih dikuasai mujahidin (sehingga saat ini) meskipun hampir seluruh jenis bom dan mortar telah dilepaskan oleh Hizbu Syaitan ke bandar tersebut.
Meskipun mujahidin mengakui bahawa pihak musuh telah mengerahkan satu kekuatan yang begitu hebat dan besar termasuk serangan-serangan udara berterusan yang hampir meranapkan kota ini.
Namun kesemua itu sedikit pun tidak menyebabkan mujahidin merasa 'dikalahkan'. Bagi mujahidin, peperangan ini adalah ibarat operasi serbu dan lari.
No comments:
Post a Comment