Friday 7 June 2013

Tentera Syria dibenar serang balas Israel


BEIRUT 6 Jun - Ahli Parlimen Syria, Ahmad Shalash hari ini berkata, tentera negara itu telah mendapat lampu hijau untuk bertindak balas ke atas serangan Israel di masa akan datang tanpa perlu merujuk kepada 'kepemimpinan'.
"Jika Israel selepas ini berani mencerobohi ruang udara Syria, tentera boleh membedil dan melepaskan peluru berpandu tanpa merujuk kepada kepemimpinan," katanya kepada stesen televisyen Lebanon, al-Mayadeen.
Beliau turut berikrar bahawa tentera Syria akan terus mempertahankan Presiden Bashar al-Assad sehingga 'ke akhir hayat'.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 18 bedilan roket dilepaskan dari Syria sepanjang malam tadi ke kawasan di Lebanon yang dipercayai menjadi kediaman pengikut pergerakan Hezbollah Syiah.
Menurut polis, peluru berpandu yang menyebabkan seorang kanak-kanak cedera dan beberapa kediaman musnah itu mengenai Baalbeckm di daerah Sharawneh, sekali gus menjadi serangan pertama di bandar itu.
Serangan roket yang dipercayai dilancarkan oleh pemberontak Syria itu berlaku beberapa jam selepas jet pejuang tentera kerajaan menyerang kawasan di Arsaal, timur Lebanon. - AGENSI/DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130607/lu_04/Tentera-Syria-dibenar-serang-balas-Israel#ixzz2VUFKMDYJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment