• Bashar rombak KabinetBashar diiringi pegawai tertinggi tentera ketika mengumumkan rombakan

DAMSYIK - Presiden Syria Bashar al-Assad mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik enam menteri baru dalam usaha meredakan konflik perang saudara yang semakin teruk sejak 22 bulan lalu.

Agensi berita Sana melaporkan, rombakan itu melibatkan menteri ekonomi dan perdagangan luar negeri, industri, perdagangan, pendidikan tinggi, pelancongan dan melantik seorang menteri tanpa portfolio.

“Pelantikan itu bagaimanapun, tidak mempunyai kaitan dengan serangan gas beracun atau pertambahan kemasukan militan asing ke Damsyik,” memetik laporan itu. 

Menurut laporan itu lagi, kerajaan rejim kini meningkatkan kawalan pertahanan selepas mendakwa banyak menerima ancaman luar termasuk bekalan militan asing dan senjata untuk menyokong kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA).