Saturday 31 August 2013

Britain berkempen lindungi Syria

Britain berkempen lindungi SyriaKumpulan anti perang di Washington turut berhimpun dan menggesa Presiden Barack Obama menarik balik niat serangan.

LONDON - ENGLAND. Ribuan rakyat Britain yang menyertai kempen anti perang dilaporkan bakal mengadakan protes menentang serangan Barat ke atas Syria di tengah London, hari ini.

Dipetik laporan Agensi,  demonstrasi bertajuk 'No attack on Syria' anjuran Gabungan Menghalang Peperangan dan Kempen Pelucutan Senjata Nuklear (CND), bakal mengumpulkan peserta di Temple Place sebelum bergerak ke Parlimen dan Downing Street untuk menyuarakan tentangan mereka terhadap campur tangan ketenteraan di Syria.

"Mereka (AS) pernah berbohong pada serangan 2003 (perang di Iraq) dan saya pasti ia akan berulang lagi.

"Mereka pernah mencampuri urusan ketenteraan di Iraq, Afghanistan dan Libya, malah tiada satu pun yang berjaya membawa keamanan, sebaliknya ramai yang menjadi mangsa peluru mereka," kata wakil pertubuhan Hentikan Peperangan, Lindsey German.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle, membuat pengumuman mengejutkan AS apabila membatalkan usaha ketenteraannya ke atas Syria, semalam.

Bagaimanapun, sekutu kuat Washington iaitu Perancis, masih bertegas mahu melancarkan tindakan ketenteraan dengan mendakwa mahu menjatuhkan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Dalam perkembangan lain, Washington berterusan mencari sekutu antarabangsa bagi membolehkannya melaksanakan tindakan berlandaskan dakwaan penggunaan senjata kimia di Syria.

Sehingga 21 Ogos, seramai 1,300 rakyat Syria disahkan terkorban dalam serangan roket gas beracun didakwa didalangi kerajaan Bashar di pinggir Damsyik.

No comments:

Post a Comment