Saturday 31 August 2013

Rusia hantar 2 kapal perang ke Laut Mediterranean


Gambar fail merakamkan kapal pelancar peluru berpandu Rusia, Moskva. Rusia dilapor akan menghantar dua kapal perangnya ke timur Laut Mediterranean. - AGENSI
MOSCOW 29 Ogos - Rusia dilaporkan akan menghantar dua kapal perang ke timur Laut Mediterranean ketika kuasa Barat bersedia melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria ekoran dakwaan negara itu menggunakan senjata kimia dalam perang saudara di negara itu pada minggu lepas.
Agensi berita Interfax yang memetik sumber melaporkan kapal pelancar peluru berpandu dan kapal antikapal selam Rusia itu akan tiba di perairan tersebut tidak lama lagi kerana situasi 'yang sudah diketahui'.
Bagaimanapun, tentera laut Rusia menafikan arahan tersebut mempunyai kaitan dengan konflik di Syria, sebaliknya menyatakan ia merupakan sebahagian daripada rutin bagi menyusun kapal-kapal di sana.
Tentera laut Rusia tidak pula memberikan maklumat lanjut mengenai jenis dan jumlah kapal yang terlibat dalam arahan tersebut.
Laporan awal Interfax menyatakan bahawa tujuan penghantaran kapal-kapal tersebut adalah untuk mengukuhkan kedudukan tentera laut Rusia di rantau tersebut dan bukan bagi menggantikan kapal yang sedia ada. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130830/lu_04/Rusia-hantar-2-kapal-perang-ke-Laut-Mediterranean#ixzz2dT7845DF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment