Tuesday 27 August 2013

[Ribuan Orang Awam Menderita Simptom Neurotoksik Dirawat di Hospital dengan Bantuan MSF ]

 Brussels, 24 Ogos 2013 - Tiga hospital di Damsyik,Syria dibantu oleh organisasi perubatan kemanusiaan antarabangsa , Medecins Sans Frontieres (MSF) telah melaporkan kepada MSF bahawa mereka menerima kira-kira 3,600 pesakit mempamerkan gejala dan simptom-simptom neurotoksik dalam tempoh kurang daripada tiga jam pada pagi RABU, 21 Ogos, 2013. Daripada jumlah itu, seramai 355 pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Sejak 2012, MSF telah membina kerjasama yang kuat dan boleh dipercayai dengan rangkaian perubatan, hospital dan pusat perubatan di Damsyik , dan telah menyediakan mereka dengan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan bantuan teknikal. Oleh kerana risiko keselamatan yang amat tinggi serta ancaman daripada rejim Syiah Assad, kakitangan MSF tidak dapat lagi untuk mengakses pelbagai kemudahan-kemudahan ini.

"Kakitangan perubatan yang bekerja telah memberi maklumat terperinci kepada doktor MSF mengenai sejumlah besar pesakit yang datang dengan gejala termasuk sawan, air liur mengalir keluar berlebihan, radang pada mata, kabur penglihatan dan masalah pernafasan," kata Dr Bart Janssens, pengarah operasi MSF .

Pesakit telah dirawat menggunakan Atropine yang dibekalkan MSF, sejenis ubat yang digunakan untuk merawat gejala neurotoksik. MSF kini cuba untuk menambah stok-stok ubatan yang telah habis ,kemudahan dan menyediakan bekalan perubatan tambahan dan bimbingan LAIN.

"MSF tidak dapat mengsahkan secara saintifik punca gejala-gejala ini juga menuduh sesiapa yang bertanggungjawab dalam serangan ini demi tujuan keselamatan," kata Dr Janssens. "Bagaimanapun, simptom yang dilaporkan daripada pesakit, di samping corak epidemiologi berdasarkan kejadian ditambah pula oleh kebanjiran pesakit dalam tempoh yang singkat, asal-usul pesakit, dan kesan sampingan terhadap pekerja bantuan perubatan - menunjukkan dengan jelas pendedahan besar-besaran kepada agen neurotoksik. Ini adalahi satu pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Syiah Assad, yang yang telah menggunakan senjata kimia. "

Di samping itu ,1,600 botol-botol ubat Atropine telah dibekalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, MSF kini telah menghantar 7,000 cawan tambahan kepada kemudahan di kawasan itu. Rawatan pesakit neurotoksik kini dilakukan secara bersepadu sepenuhnya ke dalam strategi perubatan MSF dalam semua proses bantuan di Syria.

"MSF berharap penyiasat bebas akan diberi melakukan siasatan dan segera memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku," kata Christopher Stokes, Ketua Pengarah MSF. "Ini merupakan serangan terbaru dan memerlukan keperluan perubatan besar dan keadaan ini yang sudah menjadi bencana kemanusiaan yang dahsyat, ditambah pula oleh keganasan melampau, pembunuhan, dan kemusnahan yang disengajakan dan menghalang penghantaran kemudahan perubatan. Dalam kes ini, ia adalah pencabulan yang melampau dalam undang-undang kemanusiaan, bantuan kemanusiaan tidak boleh dihantar dan usaha untuk menyelamat mangsa dengan berkesan menjadi sia-sia jika bekalan ubatan tidak mencukupi "

LINK: http://www.msf-me.org/en/news/news-media/news-press-releases/syria-thousands-suffering-neurotoxic-symptoms-treated-in-hospitals-supported-by-msf.html
 —

No comments:

Post a Comment