Saturday 8 February 2014

PBB tunggu lampu hijau


8 Februari 2014
Syria
Syria Bantuan kemanusiaan PBB bersiap sedia menyalurkan bantuan makanan ke Homs.



HOMS - SYRIA. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik tindakan Syria memindahkan penduduk awam yang terkepung di sini selepas kawasan itu menjadi lokasi serangan utama antara pemberontak dan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, konvoi makanan dan pasukan perubatan kini bersiap siaga untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas sejurus mendapat lampu hijau dari anggota keselamatan.

“Kami akan memasuki kawasan itu selepas mereka mengisytiharkan gencatan senjata. Terdapat 2,500 penduduk yang kini mengalami kebuluran selepas bantuan makanan dihalang memasuki kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Tentera Pembebasan Syria membebaskan ratusan tahanan yang menjadi mangsa kekejaman rejim di Penjara Aleppo, semalam.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria Abdel Rahman berkata, pembebasan itu dibuat selepas Briged Ahrar al-Syam dan Al-Nusra menguasai 80 peratus kawasan Aleppo.

“Tahanan dibebaskan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan pejuang barisan hadapan dalam usaha menentang rejim,” katanya, laporan dipetik dari Al Jazeera.

No comments:

Post a Comment