Saturday 8 February 2014

Penduduk Syria kembali ke rumah


Penduduk Syria kembali ke rumah
Penduduk Syria kembali ke rumah
2014/02/08


Gambar dikeluarkan Agensi Berita Arab Syria pada 4 Februari menunjukkan ratusan keluarga di Muadamiyat al-Sham, pulang ke rumah masing-masing.
DAMSYIK: Beribu-ribu rakyat Syria telah kembali ke rumah masing-masing di barat daya Syria, selepas gencatan senjata antara kerajaan dan pembangkang, demikian menurut laporan Press TV.

Penduduk bandar Muadamiyat al-Sham, yang terletak di Wilayah Rif Dimashq dekat Damsyik kembali semula ke kawasan itu selepas militan Takfiri yang dibiayai asing meninggalkan kawasan itu sebagaimana yang dipersetujui dalam gencatan senjata berkenaan.


Seorang penduduk bandar itu memberitahu Press TV, “Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah. Hidup tanpa rumah begitu sukar, meskipun jika anda di tempatkan di tempat perlindungan atau kem.”

Pada 5 Februari, Jawatankuasa Penyatuan Kebangsaan Syria berkata lebih daripada 1,200 keluarga Syria telah kembali ke rumah di selatan negara itu selepas persetujuan perdamaian itu.

Ramai berharap persetujuan damai serupa dicapai yang bertujuan menamatkan peperangan antara tentera Syria dan militan Takfiri di beberapa bahagian negara itu yang dilanda krisis peperangan.

Langkah pertama perjanjian itu adalah gencatan senjata, diikuti dengan pengunduran pihak militan dari Muadamiyat al-Sham selepas mereka menyerahkan senjata. Kemudian, kerajaan Syria akan membebaskan beberapa tahanan.

Perkembangan itu berlaku menjelang pusingan baru rundingan antara wakil kerajaan Syria dan Gabungan Kebangsaan Syria (SNC) yang akan bermula 10 Februari ini di Geneva, Sweden.
Rundingan sebelum ini yang dipanggil Geneva II, berlangsung di Montreux, Switzerland pada 22 Januari. Kerajaan Syria dan pembangkang serta beberapa negara menyertai rundingan itu yang bersambung di Geneva dari 23 hingga 31 Januari. - AGENSI

No comments:

Post a Comment