Saturday 30 August 2014

Tentera Syria bedil kawasan dikuasai militan


DAMSYIK 30 Ogos - Tentera Syria semalam membedil kawasan yang dikuasai kumpulan militan di daerah Jubar, di sini dalam satu pertempuran bagi menguasai semula lokasi utama daerah berkenaan, menurut beberapa laporan.
"Satu operasi ketenteraan telah dilancarkan sejak semalam (kelmarin) bagi menghapuskan penguasaan kumpulan militan.
"Sejumlah besar anggota militan terbunuh, dan lokasi persembunyian serta terowong mereka musnah," menurut sumber keselamatan.
Jubar yang ditawan kumpulan militan selama setahun merupakan kawasan strategik yang menyediakan laluan ke pusat ibu negara tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140830/lu_01/Tentera-Syria-bedil-kawasan-dikuasai-militan#ixzz3BomJuzkB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment