Thursday 26 November 2015

Eropah sudah tidak mampu lagi

Berlin: Negara Eropah tidak lagi berdaya menerima kedatangan pelarian atau pendatang baru disebabkan krisis yang semakin meruncing, kata Perdana Menteri Perancis Manuel Valls dipetik akhbar Jerman, semalam.
“Kita tidak mungkin lagi mampu menerima pelarian di Eropah. Memang tidak mampu. Kesatuan Eropah (EU) mesti mengetatkan kawalan sempadannya kerana itu akan menentukan nasib kita semua di dalam EU,” katanya kepada akhbar Sueddeutsche Zeitung.
Kenyataan itu disiarkan media beberapa jam sebelum Canselor Jerman, Angela Merkel dijadualkan menemui Presiden Perancis Francois Hollande di Paris.
Ada pihak menuduh keputusan Angela membuka sempadan Jerman kepada pelarian Syria, September lalu, menyebabkan lebih ramai pendatang ke Eropah.
Isu itu semakin ‘panas’ rentetan serangan pengganas di Paris pada 13 November lalu yang menimbulkan kebimbangan militan Negara Islam (IS) mengeksploitasi krisis pendatang itu untuk menghantar pejuangnya ke Eropah.
Menteri Ekonomi Perancis Emmanuel Macron dan rakan sejawatannya dari Jerman, Sigmar Gabriel mencadangkan menubuhkan dana berjumlah 10 bilion euro (RM44.6 bilion) untuk digunakan bagi kawalan ke selamatan serta sempadan lebih tinggi dan penjagaan pelarian.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menyelar sekatan baru beberapa negara Eropah terhadap pelarian, mengakibatkan kira-kira 1,000 pendatang terkandas di sempadan utama memasuki Macedonia dari Greece. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 11:30 AM


SEORANG sukarelawan membawa seorang bayi turun dari bot manakala rakan-rakannya membantu pelarian dan pendatang lain ke darat selepas tiba di pulau Lesbos, Greece, dari Turki.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95904#sthash.SuDBrr4p.dpuf

No comments:

Post a Comment