Walau bagaimanapun, Presiden AS, Barack Obama mengaku pihaknya masih belum menerima maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.
Kata Obama, insiden jet Rusia ditembak jatuh semalam bakal mengganggu operasi yang dijalankan oleh Rusia.
"Operasi Rusia mengambil tempat berhampiran sempadan Turki. Mereka sedang memburu pihak pemberontak.
"Kalaulah Rusia fokus operasi mereka kepada militan IS, konflik sebegini mungkin dapat dielakkan," kata Obama dipetik laporan CNN.
Obama memberikan kenyataan tersebut dalam perjumpaan bersama Presiden Perancis, Francois Hollande di White House, AS.
Hollande pula berpendapat semua pihak harus mengelak dari mengeruhkan keadaan di Syria.
"Kita perlu cari penyelesaian kepada krisi Syria," kata Hollande.
Hollande bakal bertemu Putin minggu ini untuk berbincang mengenai tindakan yang akan diambil untuk menentang militan IS.