Tuesday 6 September 2016

48 maut, lima letupan di Syria


06 September 2016 12:13 AM
PENDUDUK awam berkumpul di luar bangunan yang musnah akibat serangan


PENDUDUK awam berkumpul di luar bangunan yang musnah akibat serangan bom di Syria, semalam. AGENSI
BEIRUT 5 Sept. – Sekurang-ku­rang­nya 48 maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam lima siri kejadian letupan di kawasan yang dikuasai tentera kerajaan di bandar Tartous dan Homs serta di sebatang jalan di luar Damsyik dan Hasakeh hari ini.
Menurut agensi berita SANA dan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, dua letupan secara berturut-turut memusnahkan kawasan berhampiran jambatan Arzouna di pintu masuk bandar Tartous yang menempatkan pangkalan udara utama Rusia.
Televisyen Syria memaklumkan, letupan pertama merupakan letupan bom kereta manakala letupan kedua berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya ketika beberapa anggota penyelamat cuba membantu mang­sa di kawasan ber­kenaan.
Dalam pada itu, sebuah bom kereta meletup di bandar Homs di pintu masuk Bab Tadmur yang terletak berhampiran bandar ter­sebut.
Menurut pihak pemantau, le­tu­pan di kawasan berkenaan mengenai pusat pemeriksaan tentera, menyebabkan dua pegawainya terbunuh.
Letupan juga dilaporkan berlaku dekat bandar al-Saboura ia­itu dekat sebuah jalan yang me­nuju ke lebuh raya Beirut-Damsyik.
Sebuah motosikal turut mele­tup di bandar Hasakeh yang di­kuasai kumpulan Kurdish menyebabkan tiga anggota gabu­ngan kumpulan yang dikenali sebagai Asayish maut manakala beberapa lagi cedera.
Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap letupan di Hasakeh yang berlaku antara pukul 8 dan 9 pagi itu.
Dalam perkembangan berlai­nan, Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim mendakwa, tentera Turki yang dibantu kumpulan pemberontak Syria berjaya me­ngusir kumpulan pengganas dari kawasan sempadan negara itu.
BBC News melaporkan, Yildirim membuat pengumuman itu menerusi satu siaran televisyen semalam. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/48-maut-lima-letupan-di-syria-1.379081#sthash.jRIkN8v2.dpuf

No comments:

Post a Comment