Tuesday 6 September 2016

Rejim Assad kuasai semula Aleppo dengan bantuan Russia


September 6, 2016 Berita Dunia

syria_army_aleppo

syria_army_aleppo
ALEPPO, Selasa – Aleppo sekali lagi dikepung selepas tentera rejim Basyar menawan semula bandar itu dengan bantuan sokongan tentera udara Russia.

Bandar kedua terbesar di Syria itu telah menjadi medan pertempuran utama antara tentera rejim Basyar Assad dan kumpulan pejuang sejak konflik bermula pada tahun 2011.

Bulan lalu, kumpulan pejuang berjaya menawan kawasan kejiranan di timur Aleppo yang merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 300,000 penduduk daripada kawalan rejim Basyar.

Wartawan Al Jazeera, Hashem Ahelbarra melaporkan bahawa sebahagian besar kawasan di kompleks besar telah dikawal oleh tentera rejim Basyar.

“Tentera kerajaan telah berjaya mengawal banyak kawasan di dalam kompleks besar yang menempatkan pangkalan tentera dan kumpulan pejuang menegaskan bahawa mereka akan bersatu kembali untuk melancarkan serangan balas.

“Kawasan Aleppo ini adalah penting untuk semua pihak. Ia penting bagi tentera rejim kerana ia akan membuka jalan untuk mengelilingi kawasan dikuasai pemberontak dan ia juga penting untuk pemberontak kerana ia adalah satu-satunya talian bekalan,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment