Tuesday 6 September 2016

Lebih 40 terbunuh serangan bom di Syria S

DUNIA SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 7:26 AM


SEKURANG-KURANGNYA 47 orang terbunuh dalam beberapa serangan bom - Foto EPA

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam beberapa serangan bom di kawasan yang dikuasai kerajaan dekat sini, lapor media tempatan semalam.

Empat serangan berlaku serentak dalam masa sejam di Tartous, Homs dan di pinggir bandar Damsyik serta satu di Hassakeh, kawasan yang dikuasai tentera Kurdis.

Kenyataan polis yang dipetik agensi berita rasmi Syria, Sana melaporkan letupan pertama, sebuah bom kereta diletupkan dekat sebuah jambatan di Arzoneh.

 Ketika orang ramai menghampiri tempat kejadian untuk membantu mangsa, satu lagi bom diletupkan oleh pengebom bunuh diri.

Sementara itu, 30 orang awam terbunuh dan 45 yang lain cedera di luar bandar Tartous.

Kawasan yang menempatkan pangkalan tentera laut Russia dan kediaman pengikut mazhab Alawie, Presiden Bashar al-Assad.

Di tengah bandar Homs, empat orang terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam letupan bom kereta di pintu masuk daerah Bab Tadmour. Gabenor wilayah Homs mengakui serangan itu mensasarkan pusat pemeriksaan tentera dan mereka yang cedera terdiri daripada tentera.

 Polis memaklumkan Sana, seorang terbunuh dalam serangan bom di jalan raya, dekat Saboura.

Manakala di Hasssakeh, beberapa motosikal diletupkan dekat bulatan Masho, mengorbankan lima orang awam dan mencederakan dua yang lain. Militan IS menerusi agensi berita Amaq dalam satu kenyataan, mengaku bertanggungjawab melakukan serangan sekitar jam 8.00 dan 9.00 pagi waktu tempatan itu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190139

No comments:

Post a Comment